Mei 1, 2024

Search
Close this search box.

PERSIS UTM KL sokong penganjuran program komuniti bebas dadah

SEREMBAN, 8 Jul. –  Pembimbing Rakan Siswa (PERSIS) UTM KL telah terlibat dalam Program Pemerkasaan Belia ke arah Komuniti Bebas Dadah – Empowering Youth Drug Free Community (EYDSC 5.0 2023) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Masjid Hussain Seremban 2, Negeri Sembilan.

Penganjuran program adalah bertujuan untuk kempen berterusan memberi kesedaran bahaya dadah kepada kehidupan belia dan memberi semangat kepaada belia agar turut menjadi duta kesedaran bahaya dadah dalam kehidupan kepada masyarakat.

Peserta juga turut didedahkan dengan jenis dadah yang biasa disalahgunakan seperti dadah kumpulan narkotik, perangsang (stimulants), hallucinogens, inhalants dan marijuana.

Langkah-langkah pencegahan dan rawatan bagi mereka yang terlibat dalam penagihan dadah turut dibincangkan. Antara inisiatif rawatan adalah seperti berbincang dengan pegawai pemulihan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan sesi kaunseling bersama Kaunselor atau Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Penyertaan PERSIS UTM KL dalam program ini diharap menjadi antara usaha murni dalam memastikan generasi muda bebas daripada gejala penyalahgunaan dadah.

Explore More