Disember 22, 2024

business man, silhouette, suit-2103088.jpg

Perlunya Pemimpin Beretika di Era yang Mencabar

JOHOR BAHRU, 27 Julai – Pemimpin beretika merujuk kepada pemimpin organisasi yang memberi fokus kepada operasi dengan penuh integriti dan menegakkan standard etika.

Mereka menggalakkan budaya telus dan akauntabiliti, memimpin dengan slogan ‘lead by example’, menggalakkan warga organisasi untuk mematuhi peraturan dan etika dan memastikan nilai dan prinsip organisasi dijadikan panduan sepanjang masa.

Mereka sentiasa mengutamakan kesejahteraan orang bawahannya dan pihak berkepentingan dalam bertindak demi untuk kepentingan organisasi.

Di era yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian dan kadang kala, wujud  pemimpin negatif yang mengunakan  sumber material dan wang ringgit dalam meraih pengaruh dan kuasa,  pemimpin beretika adalah amat diperlukan

Beberapa ciri pemimpin beretika yang boleh dijadikan panduan dan diamalkan oleh mana-mana pemimpin untuk memimpin organisasi adalah seperti berikut:

  1. Pemimpin beretika sentiasa merujuk kepada garis panduan dan piawaian etika yang jelas dalam mengurus dan memimpin organisasinya.
  2. Pemimpin beretika memastikan sesuatu keputusan dibuat secara logik, betul , tidak bercanggah dengan nilai dan moral, dan mengikut etika yang telah ditetapkan untuk manfaat organisasi dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.
  3. Pemimpin beretika menggalakkan budaya kepelbagaian, bekerjasama dan hormat menghormati antara satu sama lain di dalam organisasi yang dipimpin.
  4. Pemimpin beretika mengamalkan komunikasi pelbagai hala yang efektif, secara terbuka penuh ketelusan dan semua pihak berhak untuk memberi idea dan pendapat untuk kepentingan organisasi.
  5. Pemimpin beretika sentiasa bertanggungjawab diatas kesilapan yang dilakukan oleh diri sendiri atau orang bawahannya dan mencari solusi untuk memperbaiki kesilapan tersebut dan bukan menunding jari menyalahkan orang lain.

Secara keseluruhan, pemimpin beretika adalah  sangat diperlukan untuk membina kepercayaan, memupuk akauntabiliti dan mengekalkan kejayaan jangka panjang sesebuah organisasi.

Oleh itu, seseorang pemimpin itu perlulah mengamalkan ciri-ciri pemimpin beretika seperti di atas dalam memimpin organisasi  masing-masing.

Explore More