Mei 7, 2024

Search
Close this search box.

Kepakaran geoinformasi UTM bantu Langkawi kekal status UNESCO Global Geopark

JOHOR BAHRU, 18 Jul. – Makmal Satelit Penyelidikan Geopark (MSPG), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), telah berjaya menganjurkan program “Transfer of Technology (T.O.T)” bagi produk Pangkalan Data GIS dan Model 3D Kebuk Arang Bersejarah kepada Seksyen Geopark dan Kelestarian, Bahagian Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), bertempat di Blok B12, FABU pada 17 dan 18 Julai 2023.

Program ini adalah sebahagian daripada agenda dalam Geran Sepadan (Matching Grant) diantara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universitas Teknologi Malang, Indonesia dalam program penyelidikan berkaitan Geopark.

Program tersebut dihadiri oleh 4 orang staf daripada Seksyen Geopark dan Kelestarian, Bahagian Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang diketuai oleh Puan Suhaila binti Ahmad Rozi, pegawai kanan seksyen tersebut.

Program ini bertujuan untuk melakukan pemindahan ilmu serta teknologi berasaskan bidang Geoinformasi yang telah dilaksanakan oleh penyelidik-penyelidik FABU yang diketuai oleh Profesor Dr. Zulkepli Majid, kepada staf LADA, dalam mengurus data-data berkaitan Geopark Partners dengan menggunakan Teknologi Sistem Maklumat Geografi atau GIS dan juga pemetaan 3D Kebuk Arang Bersejarah dengan menggunakan Teknologi Pengimbasan Laser Terrestrial.

Menurut Puan Suhaila, program T.O.T yang dilaksanakan ini adalah sesuatu yang baharu kepada mereka di Seksyen Geopark dan Kelestarian, khasnya dan LADA amnya.

Teknologi yang didedahkan dalam program ini akan diaplikasikan oleh mereka dalam pengurusan berkaitan Geopark yang seterusnya akan membantu Langkawi mengekalkan status UNESCO Global Geopark.

Kolaborasi UTM MSPG FABU bersama Seksyen Geopark Dan Kelestarian, Bahagian Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), akan terus dilaksanakan dengan pelbagai program yang telah dirancang dan akan melibatkan semua bidang yang ada di FABU.

Demonstrasi Teknologi Pengimbasan Laser Terrestrial.

 

Sesi “Hands-On Pemprosesan Data Laser Objek Kebuk Arang Bersejarah”.

Sesi “Hands-On” Pembangunan Pangkalan Data GIS.

 

Staf LADA bersama Pengarah Makmal Satelit Penyelidikan Geopark (MSPG), Dr. Syamsul Hendra Bin Mahmud.

 

Staf LADA Bersama Dekan FABU, Prof. Sr Dr. Kherun Nita Binti Ali.

Oleh : Prof. Dr. Zulkepli Majid

Explore More