Mei 4, 2024

Search
Close this search box.

Akhbar/Tarikh : My Metro, 14 Julai 2023

Sinopsis : JUALAN pasaran hartanah tempatan terutama kediaman dipengaruhi pelbagai faktor dalam menarik perhatian pembeli berpotensi.

Faktor harga hartanah dalam lingkungan mampu milik dan lokasi masih menjadi elemen utama selain keluasan serta latar belakang pemaju hartanah terbabit.

Peranan pemaju penting dalam memastikan penawaran hartanah terutama jenis kediaman perlu sejajar dengan keperluan pembeli hartanah bagi mengelak isu hartanah tidak terjual terus meningkat.

Perkembangan terkini berdasarkan statistik Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Jabatan Penilaian Harta Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi suku pertama 2023 mendapati, bilangan kediaman siap dibina tidak terjual menurun kepada 26,872 unit dengan nilai keseluruhan adalah RM18.31 bilion.

Pautan : https://www.hmetro.com.my/PnP/2023/07/987552/jauhi-pakar-harta-tanah

 

 

Explore More