Mei 16, 2024

Search
Close this search box.

Guru sandang semula jawatan dipecat selepas tidak hadir 1,535 hari akibat fobia air

Akhbar/Tarikh : Astro Awani, 31 Julai 2023

Sinopsis : Seorang guru, yang dipecat pada 2019 selepas tidak hadir ke sekolah selama 1,535 hari kerana fobia air, hari ini kembali menyandang jawatannya sebagai tenaga pengajar dalam perkhidmatan perguruan.Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh K. Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman Yahaya Wahi, 44, untuk membatalkan pemecatannya dan dilantik semula sebagai guru di sekolah yang boleh dilalui oleh jalan darat. Guru sains dan matematik itu menamakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Tan Sri Khair Mohamad Yusof, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Jabatan Pendidikan Perak, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai responden.

Pautan : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/guru-sandang-semula-jawatan-dipecat-selepas-tidak-hadir-1535-hari-akibat-fobia-air-430668

 

Explore More