Julai 27, 2024

Search
Close this search box.

750 pek daging korban diagihkan dalam Program Kembara Korban 1001 Asnaf

JOHOR BAHRU, 13 Julai –  Sebanyak 750 pek  daging korban telah diagihkan kepada pelajar dan staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Program Kembara Korban 1001 Asnaf 1444H/2025M yang berlangsung di kampus Johor Bahru.

Program anjuran Unit Endowmen UTM dengan kerjasama Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) telah mengagihkan daging korban tersebut pada penduduk di  Kuaters Kakitangan Desa Bakti, Desa Skudai, Rumah Pangsa Taman Sri Pulai Perdana dan Rumah Pangsa Kenari, Kangkar Pulai.

Majlis Penyerahan Daging Korban Sejuk Beku telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan berlangsung di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Pengerusi YBIM, Yang Berbahagia Sr. Dato’ Rosli  Atan,

Pengerusi Bahagian Pemajuan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Madya Dr. Yusof Boon berkata program ini merupakan antara beberapa program yang telah dilaksanakan bersama YBIM setelah Perjanjian Persefahaman (MoU) UTM – YBIM ditandatangani tahun lalu.

“Program Kembara Korban 1001 Asnaf pada tahun ini merupakan program kali ketiga selepas tahun 2021 dan 2022.

“Pengagihan daging korban ini amat dihargai khususnya di kalangan pelajar berkeluarga di Kolej Perdana, UTM Johor bahru yang majoritinya ialah pelajar antarabangsa,” katanya lagi.

Menurut Dr. Yusof lagi, pihak YBIM juga telah memberikan jaminan bahawa program Kembara Korban 1001 Asnaf ini akan diteruskan pada tahun 2024

“Mereka (YBIM) telah berjanji akan meneruskan lagi program seumpama ini pada tahun hadapan dengan jumlah agihan daging korban sejuk beku yang lebih banyak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya,” katanya lagi.

TNCP menyampaikan agihan daging korban
Penerima tertib beratur untuk menerima daging korban
Petugas UTM dan YBIM yang terlibat dalam menjayakan program Kembara Korban 1001 Asnaf.
Agihan daging korban kepada pelajar bekeluarga di Kolej Perdana.
Agihan daging korban kepada penduduk Rumah Pangsa Kenari, Kangkar Pulai

Explore More