Disember 22, 2024

Perkasa nilai ISES dalam membentuk Keluarga FSSH Sejahtera

PONTIAN, 29 Mei – Bermatlamat secara istiqamah dalam memperkasakan Nilai ISES dalam kalangan staf fakulti khususnya staf PPP, pihak Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSH) berterusan mengadakan program yang bersesuaian bagi staf memahami dan mempratikkan nilai tersebut melalui program yang dianjurkan.

Susulan bengkel pemantapan staf PPP siri satu pada bulan Februari yang lepas, pihak FSSH sekali lagi menganjurkan bengkel tersebut dan kali ini diadakan di luar UTM dengan tema Nilai ISES – Sinergi-.

Dalam memastikan semua staf PPP fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan UTM bersatu padu serta berganding bahu di bawah nilai SINERGI dalam menjayakan apa juga tugasan dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan demi membangunkan slogan keluarga FSSH sejahtera, bengkel pemantapan staf telah di adakan di kolam Tok Janggut Pekan Nanas pada 28 Mei yang lalu.

Program kali ini merupakan program yang dijalankan secara berkumpulan bagi membentuk kemantapan dan juga kerjasama, berteraskan tema ISES-sinergi. Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya ialah penghasilan seni kreatif dengan penggunaan bahan-bahan yang terdapat di sekitar kolam berkenaan dan juga pertandingan memancing bagi menguji kesabaran dan kerjasama mereka yang terlibat.

Program ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Prof. Dr. Siti Aisyah, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, FSSH. Dalam ucapan perasmian, Prof. Dr Siti Aisyah turut menekankan betapa pentingnya persefahaman, kemuafakatan, kebersamaan dan kerjasama dari seluruh staf PPP dalam memastikan FSSH terus mengorak langkah sebagai sebuah fakulti yang mempunyai staf yang sangat komited, efisien serta mampu menjalankan apa juga tanggungjawab yang diberikan secara yang terbaik melalui nilai sinergi.

Program yang mengambil masa setengah hari ini telah memberikan impak yang begitu besar di kalangan para peserta dan mereka bersungguh-sungguh memberikan tumpuan dan minat bagi merealisasikan misi dan visi program pemantapan ini.

Berdasarkan perancangan pembangunan staf PPP FSSH di bawah Pelan FSSH Inclusive Talent Plan (F.I.T) program pemantapan ini merupakan program bersiri yang akan diteruskan lagi dengan fasa seterusnya iaitu program yang berteraskan ISES melalui perkhidmatan kepada masyarkat akan diberikan nilai tambah serta bajet mengikut keperluan program setiap pasukan.

Mereka perlu mempastikan kejayaan program khidmat masyarakat tersebut dengan menyediakan kertas kerja dan perancangan aktivti dalam menyumbang kepakaran dan teknologi ke pihak komuniti setempat.

Pihak fakulti sangat  berbangga kerana ianya sangat mencapai matlamat dan objektif untuk membentuk satu pasukan staf PPP yang bersemangat tinggi yang mampu memberi saingan serta meletakkan kecemerlangan FSSH sebagai fakulti yang mampu mendidik dan menginsan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan yang memerlukan.

Program seperti ini yang diadakan secara berkala diharapkan mampun melahirkan staf yang bukan saja komited dalam menjalankan tugas tetapi juga melahirkan staf yang seimbang dari segi jasmani dan rohani dalam usaha fakulti melahirkan satu Keluaraga FSSH Sejahtera.

Oleh : Mohamad Jais Bin Mohd Jamil dan Khairull Azmi Bin Ishak

Explore More