Mei 4, 2024

Search
Close this search box.

Keluarga FSSH Sejahtera santuni warganya dalam sambutan Aidilfitri peringkat fakulti

Oleh : Khairull Azmi Bin Ishak & Nur Nadirah Binti Baharam

JOHOR BAHRU, 25 Mei – Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan telah meraikan hampir 1200 warga FSSH yang terdiri daripada staf dan pelajar-pelajar FSSH dalam Majlis Sambutan Hari Raya.

Majlis Hari Raya FSSH ini merupakan gabungan Mesyuarat Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Sesi Ramah Mesra Bersama Pelajar dan juga Majlis Sambutan Hari Raya FSSH 2023. 

Majlis ini telah diadakan di Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana. Majlis ini merupakan majlis yang julung kali diadakan dan satu-satunya fakulti yang menganjurkan program seumpamanya dengan melibatkan warga kerja FSSH dan pelajar FSSH dalam satu majlis yang sama. 

Fakulti Sains Sosial & Kemanusian merupakan fakulti pertama yang mengadakan Majlis Hari Raya yang turut meraikan pelajar-pelajar dalam jamuan yang melibatkan staf FSSH.

Bersesuaian dengan tagline Keluraga FSSH Sejahtera, majlis ini telah mengeratkan ukhuwah bukan sahaja dalam kalangan staf FSSH malah dalam kalangan pelajar juga.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama tiga (3) persatuan pelajar di FSSH iaitu Persatuan Mahasiswa Pendidik (PMP), Persatuan Pelajar Student Human Resource Development (SMART) dan Kelab Psychology Interactive (PSYCHIC), telah melibatkan para pelajar sebagai AJK bersama dalam persediaan majlis ini dimana pelajar-pelajar ini juga turut sama turun padang merealisasikan program ini serta memastikan kehadiran para pelajar untuk bersama-sama.

Majlis ini juga telah membuka ruang kepada pelajar untuk lebih dekat dengan pihak Pengurusan Fakulti dimana Dekan juga turut beramah mesra dengan warga FSSH yang hadir pada majlis ini malahan juruacara majlis sambutan hari raya ini juga dikendalikan oleh dua (2) orang pelajar tahun 1 dari Persatuan Mahasiswa Pendidik  iaitu mahasiswa tahun satu FSSH iaitu Izzul Haziq Bin Harun ( 1/SHPFH)  dan Afiqah Athilah Binti Azri ( 1/SHPMH).

Majlis Sambutan Hari Raya ini dimulakan dengan mesyuarat fakulti Bil 1/2023 yang melibatkan seramai 300 orang staf akademik dan staf Pengurusan, Pentadbiran & Profesional (PPP).

Agenda mesyuarat ini ialah pembentangan pencapaian FSSH bagi tahun 2022 dan juga perancangan FSSH bagi tahun 2023 yang disampaikan oleh Dekan, Timbalan dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar & Timbalan dekan Penyelidikan dan Inovasi FSSH.

Majlis sambutan ini, diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama pelajar dengan sambutan hari raya. Pelbagai juadah telah disediakan untuk meraikan para pelajar iaitu lotong, lodeh, mee rebus, laksa johor, buah-buahan, kuih-muih, roti jala serta pelbagai menu minuman.

Lebih memeriahkan majlis ini, ketiga-tiga persatuan pelajar juga turut menyumbang sebuah kek setiap satu persatuan bagi menambah juadah yang telah disediakan.

Satu konsep Sinegri yang sangat baik antara fakulti dan para pelajar FSSH. Di majlis ini juga diadakan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada semua Majlis Tertinggi bagi ketiga-tiga persatuan tersebut.

Bersesuaian dengan tagline FSSH Mendidik & Menginsan, pelajar-pelajar ini turut didedahkan dan dilibatkan dalam pengurusan acara dengan bimbingan staf FSSH yang menguruskan majlis ini.

Dalam majlis ini juga, bakat-bakat pelajar juga berjaya diketengahkan di mana, pelajar yang terpilih telah menjadi pengacara Majlis Sambutan Hari Raya FSSH 2023 yang dibimbing oleh En. Mohd Jais Jamil yang menjadi juruacara Mesyuarat Fakulti.  

Mejadi harapan pihak FSSH untuk menjadikan majlis seumpama ini dijadikan sebagai acara tahunan pihak pengurusan dan staf FSSH bersama-sama dengan para pelajar FSSH sebagai tanda kebersamaan dalam satu program sebesar ini dan juga sinergi dalam gerak kerja menjayakan nya.

#Mendidik&Menginsan

#KeluargaFSSHSejahtera

 

 

Explore More