Disember 25, 2024

Kelab Geoinfo anjur bual bicara dedah kepentingan GIS dalam industri minyak dan gas

Oleh:  Anis An Nisa Nor Ezam dan Suzanna Noor Azmy

JOHOR BAHRU, 18 Jun. – Kelab Akademik dibawah program Sarjana Muda Sains Geoinformatik iaitu Kelab Geoinfo telah menganjurkan satu program bual bicara bersama panel industri yang bertajuk Unearthing Opportunities: Geospatial Insight For Oil And Gas Exploration pada 11 Jun yang lalu bersama-sama dengan subjek GIS and Remote Sensing Application (SBEG3553).

Sesi ini bertujuan untuk menjelaskan peranan kemahiran GIS dalam industri minyak dan gas melalui sudut pandang panel yang bekerja dalam industri terkait.

Ia dapat meluaskan pengetahuan pelajar tentang kepentingan GIS dalam kerja-kerja perindustrian minyak dan gas yang merupakan sumber pendapatan utama di negara kita.

Ia juga memberi manfaat pendedahan kepada pelajar dari segi pengurusan data spatial, pengurusan aset, perancangan dan eksplorasi geologi dalam industri minyak dan gas.

Program yang dijalankan ini mensasarkan audiens daripada semua pelajar sarjana muda dalam bidang Geoinformatik tahun satu hingga tahun empat.

Program ini dikongsikan oleh panel jemputan yang merupakan seorang perunding GIS dalam industri minyak dan gas iaitu Cik Afifah Azhar melalui perkongsian secara atas talian melalui aplikasi Webex.

Menerusi perkongsian Cik Afifah, beliau memberi sedikit sebanyak pendedahan berkaitan kemahiran GIS yang boleh diaplikasikan dalam industri minyak dan gas.

Beliau juga menerangkan skop pekerjaan yang sesuai untuk lepasan ijazah dalam bidang GIS dan beberapa syarikat yang membolehkan pelajar untuk memohon pekerjaan dalam bidang tersebut.

Selain itu, beliau juga telah bermurah hati untuk berkongsi cara-cara untuk memantapkan resume serta laluan-laluan yang sesuai untuk menyertai industri tersebut.

Program seperti selain daripada memberi pendedahan kepada pelajar, ia juga menggalakkan komunikasi dua hala antara pelajar dan pihak industri.

Program ini juga dipercayai mampu membangunkan minat pelajar dalam menceburi bidang GIS dalam industri minyak dan gas, di samping membentuk sahsiah dan karakter pelajar dari segi keyakinan dan kemahiran teknikal profesional para pelajar.

Program telah diadakan secara atas talian melalui platfrom webex.
Antara audiens yang hadir pada hari tersebut adalah para pelajar SBEG3553 (secara fizikal di dalam dewan kuliah) dan para pelajar kohort lain untuk program Sarjana Muda Sains Geoinformatik dengan Kepujian.

Explore More