Mei 6, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 24 Jun – Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI) mengambil inisiatif menganjurkan majlis makan malam tahunan peringkat kolej iaitu Majlis Anugerah Kolej Tun Dr. Ismail (MERAK ’23).

Majlis ini telah diadakan di Dewan Kenchanapuri, Pulai Springs Resort. Majlis ini dianjurkan bagi meraikan pencapaian warga KTDI, di samping menyemarakkan lagi nilai perpaduan dan kasih sayang dalam kalangan penghuninya.

Majlis makan malam ini telah dihadiri oleh Prof. Ts. Dr. Wan Mohd. Nasir bin Wan Kadir, Dekan Fakulti Komputeran sebagai perasmi dan Pn. Norhafizah binti Mohd Hanapiah, Timbalan Pendaftar Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (JTNCHEP).

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Lt. Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan, Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail, Pengetua-pengetua Kolej Kediaman bersama wakil Felo Kolej Kediaman yang lain, serta barisan Majlis Felo KTDI.

 

MERAK ’23 membuka tirai dengan sesi perarakan ketibaan tetamu kehormat ke Dewan Kenchanapuri, Pulai Springs Resort. Seterusnya, program dimulakan dengan ucapan daripada PK Wan Azmi bin Wan Ishak, Pengarah MERAK ’23, ucapan Pengetua KTDI dan ucapan perasmi majlis.

MERAK ’23 turut menjadi platform dalam meraikan penerima-penerima anugerah seperti Anugerah Akademik Fakult Komputeran, Anugerah Akademik Fakulti Kejuruteraan Awam, Anugerah Olahragawan & Olahragawati, Anugerah Keusahawanan, Anugerah Palapes Terbaik Kategori Palapes Darat & Palapes Laut, Anugerah Jasa Bakti Staf, Anugerah Jasa Bakti Felo & Pembantu Felo, Anugerah Jasa Bakti Pengetua, Anugerah Program Terbaik Kategori Kelab Kolej Tun Dr. Ismail, Anugerah Program Terbaik Kategori Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, dan Anugerah JKM Terbilang & Gemilang.

Pengakhiran kepada sesi kali ini membawa banyak pengalaman yang manis mahupun pahit dalam KTDI. Walaubagaimanapun, kita perlulah melangkah lebih jauh ke hadapan kerana ini hanyalah titik permulaan kepada kisah semua individu.

#ktdi4utm
#merak2023
#utmsanjunganbangsa

Explore More