Disember 22, 2024

JOHOR BAHRU, 15 April – Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya membangunkan sebuah turbin angin yang mampu menjana kuasa elektrik secara efisien pada tahap kelajuan angin yang rendah (berdasarkan kadar purata kelajuan angin di Malaysia), melalui revolusi teknologi bilah turbin angin, sekaligus muncul sebagai kumpulan penyelidikan pertama di Malaysia yang berjaya membangunkan teknologi penghasilan tenaga berasaskan sumber angin tempatan.

Ketua Penyelidik, Dr Fazila Mohd Zawawi dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, dalam wawancaranya dengan Pejabat Hal Ehwal Korporat mendedahkan projek pembangunan prototaip di bawah dana Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bermula pada tahun 2020 ini dibangunkan bagi menghasilkan Minimum Viable Product (MVP) wind turbine dengan Tahap Ketersediaan Teknologi (TRL) 7.

Projek ini antara lainnya menyokong aspirasi dan komitmen kerajaan dalam meningkatkan sumbangan Renewable Energy (RE) dalam penghasilan tenaga negara. Ia selari dengan Polisi RE Negara yang dinyatakan dalam Malaysia RE Roadmap (MyRER) iaitu bagi mencapai mix installed capacity RE Negara sehingga 35% menjelang 2030.

“Dengan kelajuan angin di Malaysia hanyalah sekitar 3 m/s hingga 7 m/s (kawasan pesisir pantai) berbanding di luar negara yang kelajuannya boleh mencecah sehingga 15 m/s, sudah tentu potensi dan keupayaan teknologi wind turbine dipertikai.

“Tambahan pula, data pengujian ke atas sistem wind turbine import yang dipasang di Malaysia sebelum ini menunjukkan teknologi tersebut tidak viable sekaligus menyebabkan reputasi keupayaan penghasilan tenaga berasaskan sumber angin di Malaysia adalah sangat teruk.

“Walaubagaimanapun, kerajaan masih giat menjalankan inisiatif menilai keupayaan sistem wind turbine bagi membolehkan ianya diiktiraf sebagai salah satu sumber RE negara dalam penjanaan tenaga elektrik”, katanya.

Menurut Dr. Fazila, penghasilan tenaga elektrik melalui sistem wind turbine di kawasan angin rendah adalah possible dan masih boleh dimanfaatkan potensinya, namun, hanya dengan rekaan sistem yang tepat. Justeru, sistem teknologi berteraskan high energy efficiency yang dibangunkan tersebut memberi penelitian kepada rekabentuk aerodinamik bilah yang optimal berserta kepadanan sistem dan komponen penukaran tenaga, yang menjadi elemen kritikal kepada penghasilan tenaga yang efisien dan reliabe.

Aktiviti lain yang terlibat merangkumi development of in-house computer-based design and analysis program for wind turbine; verification and testing on power conversion system, charging system and integrated control system; calibration and integration of sensor and communication with control system; design optimization on well-matched integrated wind turbine system dan banyak lagi.

Ia melibatkan kepakaran dan pengetahuan pelbagai disiplin termasuk bidang kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan awam, dan sains komputer.

Menurutnya lagi, wind turbine dengan faktor kapasiti minimum 35% dan penghasilan tenaga sehingga 165 MWh setahun tersebut sedang giat dipertingkat dari segi fungsi dan ciri bagi memenuhi keperluan piawaian antarabangsa dan pematuhan akta-akta berkaitan keselamatan, juga sebagai keperluan bagi TRL 9 iaitu proses and sistem teknikal terbukti dan sedia untuk dikomersialkan sepenuhnya.

Teknologi yang menggunakan kepakaran tempatan ini diyakini mampu dibangunkan dengan kos yang sangat efektif di samping jaminan bahawa ianya boleh dan mudah diselenggara dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan versi import.

Beliau memetik laporan terkini yang dibangunkan oleh International Renewable Energy Agency (IRENA) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), di mana keupayaan Malaysia untuk mencapai net zero goal hanya boleh direalisasikan dengan peningkatan penggunaan RE tempatan dan mampu-milik.

“Dari segi penyelidikan, pembangunan pelajar dan pembangunan pengetahuan pula, projek ini telah melatih lebih 50 orang mahasiswa pra-siswazah termasuk pasca-siswazah di peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Ia juga berpotensi untuk melahirkan lebih ramai lagi pakar dalam teknologi penghasilan RE yang efisien di masa akan datang selain membuka peluang pekerjaan di sektor industri kejuruteraan,” katanya lagi.

Membina ‘wind turbine’ di Makmal bertempat di UTM Johor Bahru
Bililk kawalan ‘wind turbine’ di makmal Wind Turbine Laboratory UTM JOhor Bahru. Bilik kawalan ini bagi memantau pergerakan ‘wind turbine’ dan juga jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan.

 

Explore More