Disember 27, 2024

Sukan SEA 2023: Pelajar UTM rangkul pingat gangsa, julang nama Malaysia di bumi Kemboja

PHNOM PENH, 15 Mei – Siti Noor Aisyah Shahabuddin, pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara judo kategori individu wanita (70 kg) sempena Sukan Sea edisi ke-23 yang sedang berlangsung di Kemboja.

Pingat gangsa yang diraih Aisyah merupakan pingat gangsa negara yang ke-71. Malah, ia satu-satunya pingat yang diperoleh kontinjen judo negara buat masa ini.

Aisyah meraih pingat gangsa ke-71 buat Malaysia – Gambar dari FB Majlis Sukan Negara.

Aisyah berkongsi pingat gangsa bersama atlet Myanmar, Phyo Swe Zin Kyaw. Sementara itu, pingat emas dan perak menjadi milik atlet tuan rumah, Haruka Yasumatsu dan atlet Thailand, Supattra Nanong.

Setakat ini, kontinjen Malaysia berjaya mengumpul 29 pingat emas, 41 pingat perak dan 79 pingat gangsa. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meletakkan sasaran untuk memperoleh sebanyak 40 pingat emas.

Explore More