Disember 22, 2024

Oleh: Nurul Syahirah binti Ali dan Asraful Syifaa’ binti Ahmad

JOHOR BAHRU, 4 Apr. – Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Datin Seri Endon (JKM KDSE), Majlis Felo KDSE, para staf dan 40 sukarelawan yang merupakan pelajar KDSE bergotong-royong memasak bagi menyediakan juadah berbuka bagi 500 pelajar KDSE.

Program ini merupakan salah satu usaha kolej meraikan bulan ramadan selain pelaksanaan program-program lain seperti Webinar Marhaban Ya Ramadan, KDSEtv, Santunan Mesra B40, Terawih bersama KDSE, Penandaan Arah Kiblat, and Majlis Tadarus and Khatam Al-Quran yang berkolaborasi bersama Institusi Pembangunan Felo (IPF).

Program ini bermula seawal jam 8 pagi dimana proses penyediaan bahan telah diadakan di Rumah Aktivti, KDSE dan selesai dibungkus pada jam 4.30 petang. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila proses edaran makanan hanya mengambil masa 1 jam sahaja untuk selesai.

Proses pembungkusan juadah berbuka
Proses agihan juadah berbuka

Gotong-royong Memasak Juadah Berbuka Puasa yang dijalankan ini dapat memeriahkan lagi sambutan bulan puasa di kolej kediaman di samping merebut pahala menyediakan makanan bagi orang berbuka puasa.

Meskipun sibuk dengan kelas, mesyuarat dan tugas-tugas lain, sukarelawan masih bersedia untuk turun membantu dalam penyediaan juadah berbuka, menunjukkan pengorbanan mereka walaupun dalam keadaan penat dan letih.

Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat menerapkan sifat kerjasama, menambah ilmu dan menimba pengalaman baru berpuasa di kolej.

Secara tidak langsung, hubungan silaturrahim sesama penduduk di kolej terjalin erat dan terpancar kegembiraan di wajah mereka kerana dapat bekerjasama dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga amalan ini diberkati dan dikurniakan rahmat dari Allah s.w.t.

Sebahagian para sukarelawan yang membanting tulang menyediakan juadah berbuka

Explore More