April 30, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 19 Mac – Universiti Teknologi Malaysia melalui Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (JTNCHEP) telah mengadakan Majlis Anugerah Gemilang Mahasiswa (GEMA) 2022 bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar dalam penglibatan program berimpak tinggi sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Anugerah Gemilang Mahasiswa bertujuan untuk mewujudkan persaingan yang sihat dalam melaksanakan aktiviti secara sistematik yang memberi kesan kepada negara, organisasi, masyarakat dan individu. Selain itu, melalui acara ini persatuan, kelab, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dan mahasiswa dapat terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam mencapai kecemerlangan.

Melalui GEMA 2022, program ini merupakan pentas dan batu loncatan untuk pelajar bertanding di Anugerah Tokoh Siswa (ATS) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Selain itu, Majlis GEMA ini turut meraikan staf UTM yang telah menyumbang khidmat bakti, masa dan wang ringgit kepada aktiviti pembangunan pelajar UTM.

Program ini telah diadakan di Holiday Villa Johor Bahru dan  secara dalam talian melalui Facebook UTM Student Affairs. Seramai 350 pelajar dan staf UTM telah menghadiri majlis ini merangkumi calon-calon finalis GEMA 2022 dan barisan kepimpinan pelajar UTM.

Anugerah Gemilang Mahasiswa 2022 adalah terbuka kepada semua pelajar tempatan dan antarabangsa di peringkat pra-siswazah, pasca-siswazah serta staf UTM. Sebanyak 27 anugerah yang dipertandingkan dengan 441 penyertaan telah diterima dan hanya 152 orang sahaja yang layak untuk ke peringkat seterusnya. Panel penilai pula terdiri daripada pelbagai Jabatan di dalam UTM (kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur).

Anugerah utama yang dipertandingkan adalah Anugerah Naib Canselor (ANC) dan telah dimenangi oleh Saudara Mohd Adhar bin Zorobi. Beliau telah membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi tajaan Yayasan Raja Zarith Sofiah berserta sijil.

Selain itu, Saudara Muhammad Adhar Bin Zorobi berjaya merangkul tempat pertama dalam kategori Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan, Anugerah Program Kreatif Terbaik dan Anugerah Bakti Gemilang. Kejayaan ini membuktikan bahawa beliau mempunyai kredibiliti dan kewibawaan sebagai seorang pemimpin di peringkat universiti dan antarabangsa.

Bagi kategori staf pula, Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar telah dimenangi oleh Dr. Afikah Binti Rahim (Kategori Penasihat Kelab/Persatuan), Prof. Madya Dr Norahim Bin Ibrahim (Kategori Pengetua) dan En. Hemnarth A/L Tanakaran (Kategori Felo). Manakala Anugerah Pembangunan Kolej Kediaman dianugerahkan (tempat pertama) kepada Dr. Norhanim Bt Abdul Samat dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Tun Razak.

Syabas dan tahniah kepada semua calon dan pemenang GEMA2022.

Pihak penganjur ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung serta penaja iaitu Yayasan Raja Zarith Sofiah, UTMXCITE, UTMi, Majlis Pengetua dan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) diatas kesudian memberikan tajaan untuk menjayakan majlis ini.

Senarai Lengkap Pemenang :

Anugerah Naib Canselor : MUHAMMAD ADHAR BIN ZOROBI

Anugerah Aktiviti Terbaik : Project Theraplay 2.0

Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 

  • Kategori Penasihat : DR. AFIKAH BINTI RAHIM 
  • Kategori Pengetua : PROF. MADYA DR NORAHIM BN IBRAHIM
  • Kategori Fellow : HEMNARTH A/L TANAKARAN

Anugerah Pembangunan Kolej Kediaman

  • Tempat Pertama : Dr. NORHANIM BT ABDUL SAMAT & JKM KTR
  • Tempat kedua : DR.NABILAH BINTI KASSIM & JKM KDSE
  • Tempat Ketiga :LT. KOL.PROF.MADYA DR NOOR AZLI ALI KHAN & JKM KTDI

Kategori Individu :

  • Anugerah Pemimpin Program Sukan
    • Tempat Pertama : NURDINI SHAKIRAH BINTI ZAINUDIN
    • Tempat kedua : AIMAN NA’IM BIN ARIFFIN
    • Tempat Ketiga :NURSYAZWANI BINTI AIRONIZAM
  • Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Kesejahteraan Komuniti)
    • Tempat Pertama : CELINE CHIOW JIA YEE
    • Tempat Kedua : INTAN NURSABRINA
    • Tempat Ketiga : JOHANNA JEAN JOHN
  • Anugerah Pemimpin Program Sains, Teknologi & Inovasi
    • Tempat Pertama : MUHAMMAD RIDZUAN BIN MOHAMAD AYUP
    • Tempat Kedua : ASRAFUL SYIFAA BINTI AHMAD
    • Tempat Ketiga : TEO JING WEI
  • Anugerah Kepimpinan Pelajar Terbaik
    • Tempat Pertama : NURUL IZZAT BINTI ZAHARUDIN
  • Anugerah Pemimpin Fakulti/Persatuan/Kelab
    • Tempat Pertama : NUR FARAH SYAFIQAH BINTI AHMAD SAIFUL
    • Tempat Kedua : SHASITHER A/L SANDRAN
    • Tempat Ketiga : YONG TONG YUN
  • Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan
    • Tempat Pertama : MUHAMMAD ADHAR BIN ZOROBI
    • Tempat Kedua : NUR SYAZLIANA BINTI MOHD ZUKI
  • Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek
    • Tempat Pertama : SITI NUR AISHAH BINTI MD YASIN
    • Tempat Kedua : SIM MAN SENG
  • Anugerah Pemimpin Program Pengucapan Awam
    • Tempat Pertama : MUHAMAD NUR HAKIMI BIN CHE PA
  • Anugerah Pemimpin Pelajar Antarabangsa
    • Tempat Pertama : ASA ISMIA BUNGA AISYAHRANI
    • Tempat Kedua : OMAR FAHMI OMAR ARM
  • Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan
    • Tempat Pertama : AHGILAN A/L GOVALAKRISNAN
    • Tempat Kedua : FATEN ANIS SHAFIQAH
  • Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman
    • Tempat Pertama : NUR WAHIDAH BINTI ISKANDAR AMER 
    • Tempat Kedua : AMAL HUSNA MOHAMAD FAUZI
    • Tempat Ketiga : HANIS SAFIYAH BINTI MOHD AMIN

Katogeri Pasukan :

  • Anugerah Program Kreatif Terbaik
    • Tempat Pertama : MOHD ADHAR BIN ZOROBI
    • Tempat Kedua : NUR IZZATI SYAHIRAH
    • Tempat Ketiga : NORHAKIMI FARHAN
  • Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik
    • Tempat Pertama : CELINE CHIOW JIA YEE
    • Tempat Kedua : AIDA JULIA BINTI JAMALUDIN
    • Tempat Ketiga : AIN NUR AZWA BINTI SIDEK
  • Anugerah Hubungan Industri Terbaik
    • Tempat Pertama : NOOR NABIELLAH NAELIS
  • Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik
    • Tempat Pertama : E-SPORT CLUB UTM
    • Tempat Kedua : IEM-UTM SS
    • Tempat Ketiga : KELAB PEMADAM
  • Anugerah ISS Terbaik
    • Tempat Pertama : ISS INDONESIA
    • Tempat Kedua : ISS YEMEN
  • Anugerah JKM Terbaik
    • Tempat Pertama : JKM KOLEJ TUN DR ISMAIL (KTDI)
    • Tempat Kedua : JKM KOLEJ TUN RAZAK (KTR)
    • Tempat Ketiga : JKM KOLEJ DATIN SERI ENDON (KDSE)

Kategori Khas :

  • Anugerah Tan Sri Ainuddin Wahid
    • Tempat Pertama : ZAINAB BIN MAT LAZIM
    • Tempat Kedua : ASRAFUL SYIFAA BINTI AHMAD
    • Tempat Ketiga  : SAIDATUL ASSYURA BINTI ROSMAN
  • Penghargaan Khas
    • CHIANG YONG JIE
    • GOH CHAI YING
    • INSYIRAH BINTI ASH’ARI
    • LOKE RUI KEE
    • MUHAMMAD HASEF BIN AMER SAJAHAN
    • MUHAMMAD NAZRIF BIN ZAMANI
    • NUR AMIRA SYAHIRA BINTI OTHMAN
    • NUR FARIDA BINTI MOHAMAD OTHMAN
    • SITI NUR AISHAH BINTI MD YASIN
    • SITI NUR NADHIRAH BINTI YAHAYA
  • Anugerah Bakti Gemilang
    • ARMAN RUZAIMIN BIN ABD RAHMAN
    • CAREN CHANG KAI XUAN
    • MUHAMMAD ADHAR BIN ZOROBI
    • ASRAFUL SYIFAA’ BINTI AHMAD
  • Anugerah Tokoh Sumbangsih
    • CHIN SHI QI
    • HO JIA ER
    • HUSNIYAH BINTI AB RAHMAN
    • NORHAKIMI FARHAN BIN MOHD NORASHDAN
    • NORFADZIANA BINTI SABTU

 

 

 

 

Explore More