Mei 6, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 7 April – Seramai  292 pelajar dari 13 sekolah menengah sekitar daerah Johor Bahru telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran anjuran Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (PIUTM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Program yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin ini telah berlangsung di Masjid Sultan Ismail, UTM Johor Bahru.

Pada majlis tersebut turut diadakan slot penerimaan sumbangan untuk Dana Ramadan UTM 2023 antaranya daripada Kuwait Finance House, UTM Space dan UTM Alumni.

Sumbangan tersebut digunakan untuk program Iftar yang melibatkan 1,000 orang yang berbuka puasa secara percuma di Masjid Sultan Ismail.

Pada majlis tersebut turut diadakan forum ehwal Islam bertajuk Nuzul Al-Quran. Seterusnya diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Tilawah Al-Quran.

Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Ahmad Che Yaacob, Pengarah Pusat Islam Masjid Sultan Ismail, UTM.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Maktab Sultan Abu Bakar, Sekolah Tun Fatimah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, SMK Taman Universiti, SMK Taman Universiti 2, SMK Skudai, SMK Taman Desa Skudai, SMK Impian Emas, SMK Taman Mutiara Rini, SMK Taman Mutiara Rini 2, SMK Damai Jaya dan Maahad Tahfiz Al-Iman Taman Universiti.

Antara peserta Majlis Tilawah Al-Quran peringkat UTM

Penyampaian hadiah qari dan qariah terbaik Majlis Tilawah Quran UTM

 

Explore More