April 28, 2024

Search
Close this search box.

Leadership Outdoor Program (LOP) Pengurusan Tertinggi UTM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Seramai 30 orang ahli Pengurusan Tertinggi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur telah mengikuti program “Leadership Outdoor Program University Management Group” yang diketuai oleh Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur), Prof. Ts. Dr. Abdul Latif bin Saleh.

Peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan mengikuti program tersebut selama 1 hari bermula pada jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang di Shah Alam.

Objektif utama program ini adalah bagi memupuk ukhuwah dan memperhebatkan kemahiran kepimpinan ketua-ketua jabatan agar lebih mantap dan berstrategi.  Pelbagai aktiviti kepimpinan yang menguji minda dan fizikal telah dijalankan bagi memastikan objektif tersebut tercapai.

Prof. Abdul Latif berkata, “Program seperti ini adalah sangat penting bagi memastikan hubungan semua ketua-ketua jabatan di UTM Kuala Lumpur bertambah akrab dan seterusnya bersama-sama merancang strategi dalam menjalankan program serta inisiatif bagi mendokong envision 2025 di UTM Kuala Lumpur”.

Aktiviti berkumpulan menguji kemahiran menyelesaikan masalah

Turut hadir, Ketua Pentadbiran UTM Kuala Lumpur, Tuan Haji Mohd Najib bin Masroom berkata “Melalui program kepimpinan seperti ini, universiti dapat memantau dan memastikan kemahiran kepimpinan ketua-ketua jabatan berada ditahap yang optima di samping mempraktikkan work life balance yang dapat meningkatkan produktiviti dan kreativiti masing-masing”.

Salah satu aktiviti berkumpulan yang dijalankan

Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh bakat-bakat dalaman universiti dari pelbagai PTJ iaitu Unit Kecemerlangan Sukan (USE), Seksyen Keselamatan dan lain-lain PTJ.

Hiking merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan.

 

Explore More