Disember 27, 2024

Johor dijangka terima hujan luar biasa sehingga akhir Mac akibat peralihan Monsun

KLUANG, 3 Mac (Bernama) — Johor terutama kawasan timur dan selatan dijangka akan menerima jumlah hujan yang luar biasa susulan berlaku peralihan musim monsun ke cuaca panas sehingga akhir bulan ini.

Pengarah Pelestarian Kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Ir Ts Dr Mohd Fadhil Md Din berkata Johor pada masa kini, menerima kadar purata hujan 200 milimiter (mm), lebih banyak berbanding 100mm pada hari biasa.

“Sekarang sudah masuk peralihan musim. Kita jangkakan Mac hingga April, kita akan terima hujan, selepas tu masuk April hingga Mei yang membawa udara panas di sebabkan fenomena El Nino. “Peralihan musim monsun pada tahun ini telah mengakibatkan perubahan cuaca yang drastik, sekali gus menyebabkan kita menerima hujan lebih banyak,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sumber : BERNAMA – 3 Mac 2023

Baca artikel

Explore More