KLUANG, 29 Dis. – Seramai 20 orang mahasiswa dari Kolej Tun Razak (KTR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiringi oleh 11 orang Majlis Felow telah mendekorasi pekarangan dan beramah mesra dengan pihak SK Pengkalan Tereh.
Program tersebut, Razak Education with Kampung Orang Asli (REDKOA) adalah berteraskan Strategic Objective yang ke-3 (Sustainable College Ecosystem) dimana ianya menyokong kepada pencapaian HIR06-10 iaitu ‘establishing well college ecosystem’.
Antara objektif penganjuran program adalah untuk meningkatkan kualiti taraf pendidikan masyarakat luar bandar serta dapat menjalinkan hubungan silaturahim dan memperbaiki komunikasi sosial dalam kalangan mahasiswa KTR UTM dengan para pelajar SK Pengkalan Tereh.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam REDKOA telah mendapat tajaan daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
Bagi memaksimakan impak program, pelbagai aktiviti seperti senamrobik, ‘explorace’, menghias kawasan sekitar sekolah juga diadakan. Dalam masa yang sama, mahasiswa dapat mempelajari kemahiran yang ada pada orang asli sekaligus meningkatkan kemahiran insaniah mereka.
Kehadiran Pengetua KTR, Guru Besar SK Pengkalan Tereh, Jawatankuasa Kampung Dan Keselamatan Pengkalan Tereh dan Tok Batin Kampung Pengkalan Tereh telah memeriahkan lagi program.
Semoga hubungan yang terjalin antara pihak Yayasan Raja Zarith Sofiah dan KTR UTM menerusi REDKOA memberi manfaat kepada komuniti SK Pengkalan Tereh.