November 25, 2024

Search
Close this search box.

Aura Pusat Kaunseling UTM suntik moral tahun baharu staf Fakulti Komputeran

JOHOR BAHRU, 2 Feb. – Ketika banyak jabatan lain mengadakan program motivasi di luar UTM, Fakulti Komputeran (FC) memilih pendekatan berbeza dengan mendapatkan suntikan moral di Pusat Kaunseling UTM.

Program bersempena dengan kehadiran tahun baharu 2023 itu bertujuan meningkatkan azam dan semangat kerja warganya untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang mencapai sasaran yang ditetapkan bersama fakulti.

Melalui perkongsian ilmu bertajuk ‘Tahun Baharu Lembaran Baharu’ banyak tips-tips menarik disampaikan oleh Pegawai Psikologi, Nurul Aziz Mohamed terutamanya betapa pentingnya kita menghargai kerja dan tugas di UTM ketika ini. “Depan mata tak dihargai, dah tiada (hilang) baru dicari,” antara nasihat ikhlas beliau kepada semua peserta.

Program yang dihadiri oleh 31 orang staf kumpulan pelaksana FC itu juga dimeriahkan dengan beberapa aktiviti kerja berkumpulan yang mencuit hati.

Sebelum sesi motivasi, peserta juga telah dibawa untuk melawat beberapa lokasi dan kemudahan di Pusat Kaunseling antaranya Bilik Snoezelan, Taman Terapeutik dan Pusat Sumber oleh Pegawai Psikologi Kanan, Hajah Hadayah Ahmad.

Pusat Kaunseling UTM kini berwajah baru setelah siap menjalani peluasan dan ubah suai pada tahun 2022 untuk menampung peningkatan jumlah pengunjung dan keperluan untuk menjalankan pelbagai kegiatan serta menyediakan pengalaman lebih berkesan kepada pengunjungnya.

Explore More