April 25, 2024

Search
Close this search box.

BATU PAHAT, 3 Dis. – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin telah mengukir sejarah unik apabila dilantik sebagai Komandan bagi Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor SUKSIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Perlantikan itu telah berlangsung dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor SUKSIS Johor yang berlangsung di Dewan Bankuet, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Ketua Polis Johor, YDH Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Turut menghadiri majlis adalah wakil-wakil dari UTHM serta ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor serta para pelatih-pelatih Kor Suksis UTHM dan UTM.

Antara yang turut menerima anugerah ini adalah ACP/KS Prof. Madya Sr. Ts. Dr. Haji Lokman Ismail, Komandan Kor SUKSIS UTHM, ASP/KS Ts. Dr. Ali Selimin, ASP Akademik, Kor SUKSIS UTHM dan ASP/KS Dr. Basaruddin Shah Basri, ASP Latihan Luar, Kor SUKSIS Universiti Teknologi MARA (UiTM), Segamat.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin di atas pelantikan sebagai Komandan Kor SUKSIS UTM serta pemakaian pangkat Assistant Commissioner Police (ACP/KS) yang disampaikan oleh Ketua Polis Johor.

Kor SUKSIS ialah sebuah badan beruniform polis yang diwujudkan di institusi pengajian tinggi Malaysia bagi memberikan peluang kepada mahasiswa di dalam kampus untuk menjiwai kehidupan sebagai pegawai kanan polis.

Setiap mahasiswa yang menyertai Kor SUKSIS akan diberikan status kadet dan diwajibkan menjalani tiga tahun latihan di universiti masing-masing sebelum ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis.

Objektif penubuhan Kor SUKSIS ini bertujuan melahirkan Pegawai Kor SUKSIS Polis yang berpengetahuan dalam lapangan undang-undang berkaitan mempunyai sikap serta elemen disiplin (kepolisan) yang sesuai di antara pasukan polis dengan IPTA.

Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin (kanan) bergambar kenangan dengan Ketua Polis Johor, YDH Datuk Kamarul Zaman Mamat selepas majlis pemakaian pangkat ACP/KS selaku Komandan SUKSIS UTM.
Prof. Shamsul bergambar kenangan bersama dengan kepimpinan dan jurulatih Kor SUKSIS UTM.

Explore More