April 27, 2024

Search
Close this search box.

Silver Top dan Ignite gondol tempat pertama dan kedua pertandingan KIK 2022

JOHOR BAHRU, 12 Dis. – Kumpulan Silver Top dan Ignite telah mengukir kenangan manis apabila diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dan kedua dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-15 Tahun 2022.

Kedua-dua kumpulan ini juga telah memenangi penarafan projek bertaraf Emas dan Fasilitator Terbaik (Silver Top) serta Poster Terbaik dan Persembahan Terbaik (Ignite) dalam pertandingan anjuran Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (UTM QRiM).

Penolong Pendaftar QRiM, Siti Zarinah Abdul Jalal berkata UTM telah mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja) sejak tahun 2005 hingga sekarang.

“Sepanjang tempoh ini, sebanyak 40 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UTM telah berjaya ditubuh dan digerakkan serta menyertai pelbagai konvensyen samada diperingkat Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa,” katanya.

Acara yang berlangsung di di Bilik Seminar 1, Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (FSSK), UTM Johor Bahru ini telah menyaksikan pemenang hadiah tempat pertama menerima Piala Pusingan, Piala Iringan, Wang saguhati bernilai RM2,000.00 dan sijil penghargaan.

Hadiah Tempat Kedua menerima Piala Iringan, Wang saguhati bernilai RM1,500.00 dan sijil penghargaan. Hadiah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Yahaya Md. Sam, Pengarah Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko.

Explore More