November 22, 2024

Search
Close this search box.

Program Senibina UTM jalin kerjasama strategik akademik dan penyelidikan dengan Departemen Arsiktektur Universitas Hasanuddin

Oleh: Azalillah Ramdani Musa, Shahariah Norain Shaharuddin dan Alice Sabrina Ismail

JOHOR BAHRU, 28 Nov. – Program Senibina, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) Universiti Teknologi Malaysia telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Departemen Arsiktektur, Universitas Hasanuddin, Makasar, Indonesia.

Delegasi ini terdiri daripada 18 orang pensyarah Departemen Arsiktektur (Dosen Program Sarjana Departemen Arsitektur). Kunjungan ini telah disambut baik oleh pensyarah-pensyarah daripada Program Senibina, UTM yang diketuai oleh Pengarah Program Senibina.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik dari aspek akademik dan penyelidikan disamping untuk memperluaskan jaringan kolaborasi antarabangsa.

Pertemuan ini telah menghasilkan perbincangan yang positif  dimana kedua-dua pihak telah mencapai kesepakatan bersama di dalam pelaksanaan pelbagai program terutama dalam bidang pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan seperti webinar, kolokium, pertukaran pelajar, geran padanan dan sebagainya.

Sebagai tanda persetujuan kolaborasi bersama, surat niat yang menggariskan rancangan am perjanjian antara kedua belah pihak ditandatangani bersama dengan UTM diwakili oleh Pengarah Program Senibina UTM, Prof. Madya Alice Sabrina Ismail manakala Universitas Hasanuddin diwakili Ketua Departemen Program Sarjana Departemen Arsitektur, Dr. Ir. H. Edward Syarif, ST., MT.

Simbolik kerjasama antara kedua-dua belah pihak diserikan dengan acara pertukaran cenderamata sambil disaksikan oleh pelajar-pelajar Sarjana Sains Senibina tahun 1, 2 dan 3.

 

Explore More