MALANG, 9 Dis. – Delegasi Sekolah Pendidikan (SOE), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Norazrena Abu Samah telah menghadiri 2nd International Webinar Series Educational Revolution (IWSER 2022) yang diadakan di Balaikota Among Tani, Batu, Indonesia.
Delegasi UTM telah disambut meriah oleh Wali Kota Batu, Indonesia, Dra. Hj. Dewanti Rumpoko, M.Si. Kunjungan tersebut merupakan lawatan timbal balik delegasi Dinas Pendidikan Kota Batu ke Malaysia pada 22 November 2022 yang lalu.
Seminar dua hari tersebut merupakan kerjasama antara Universitas Negeri Malang (Indonesia) dengan Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia), Universitas Muhammadiyah Malang (Indonesia), University of Milan (Itali), Sanggar Indonesia (Indonesia), Territorio della capitale Islamabad (Pakistan) dan Institute Superior Cristal (Timor Leste).
Seminar antarabangsa ini memberi pendedahan dan perkongsian berkaitan pembelajaran kreatif, daya tahan, penggunaan teknologi serta pengurusan pendidikan dan kewangan dalam kalangan pendidik, ibu bapa dan pelajar.
Pada hari sebelumnya, delegasi Sekolah Pendidikan (SOE), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh Dr. Zakiah Mohamad Ashari turut disambut mesra Departemen Kependidikan Sekolah Dasar dan Pra Sekolah (KSDP), Fakultas Ilmu Pendidikan (FIP), Universitas Negeri Malang (UM), Malang, Indonesia.
Kunjungan ini menjadi tunjang kerjasama yang lebih erat antara KSDP FIP UM dengan SOE FSSH UTM. Perbincangan antara dua negara ini merangkumi hal-hal berkaitan penyelidikan, pengajaran, khidmat masyarakat serta mobiliti pelajar dan pensyarah.