Disember 27, 2024

JOHOR BAHRU – Sepasang kembar seiras teruja meraikan majlis graduasi mereka bersama pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-66 pada Isnin. Amirah Syahfirah Rizal, 23, dan Amirah Syahirah Rizal, 23, merupakan antara penerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada majlis konvokesyen yang berlangsung bermula 21 sehingga 25 November.

Kedua-dua mereka yang berasal dari Tampoi, Johor Bahru itu, bagaikan ‘magnet’ apabila terpilih ber- sama-sama menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Teknikal di Pontian sebelum ke UTM. Amirah Syahfirah berkata, pasangan kembarnya Amirah Syahirah turut bercita-cita mahu menjadi jurutera dalam bidang elektrik dan elektronik sama seperti dirinya.

“Kami seronok terima ijazah bersama-sama. Sejak dari sekolah rendah dan sekolah menengah hingga ke matrikulasi, kami tidak pernah berpisah.

“Pada tahun 2017, kami bersama-sama mohon untuk menyambung pengajian di UTM. Kami tidak sangka permohonan untuk belajar di UTM diterima.

“Saya dan pasangan kembar tinggal di kolej kediaman yang sama, jadi tidak berdepan masalah untuk belajar bersama. Kami melengkapi antara satu sama lain,” katanya

Sumber : Sinar Harian – 22 November 2022

Baca artikel

Explore More