September 29, 2024

Search
Close this search box.

Enam Produk UTM Raih Pingat Emas, Satu daripadanya Gondol Anugerah Inovasi Terbaik iENA

KUALA LUMPUR, 13 Okt. – Penyelidik dan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya meraih 6 emas dan Anugerah Khas Inovasi Terbaik iENA, di samping menggondol Piala Presiden (REAM President’s Final Year Student Award 2022) dalam 11th Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 dan 4th International Road Federation Asia-Pacific Regional Congress bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre, Kuala Lumpur, Malaysia baru-baru ini.

Bertemakan “Towards Resilient Road Infrastructure”, UTM yang diwakili enam kumpulan penyelidikan telah mempamerkan hasil penyelidikan mereka sepanjang pameran berlangsung. Antara produk penyelidikan yang dipamerkan dan dipertandingkan adalah Asphalt-FWB (Ts. Dr. Norhidayah Abdul Hassan selaku ketua projek), Maltene as Rejuvenator (Ts. Dr. Haryati Yaacob selaku ketua projek) dan Indigenous Bacteria to Prolong Concrete Lifespan (Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Rahman Mohd Sam selaku ketua projek).

Produk lain yang turut bertanding termasuk Carbon Footprint Calculator for Malaysia Green Highway Index-MyGHI (Ts. Dr. Eeydzah binti Aminudin selaku ketua projek), ECO – Lightweight Concrete Panel (Ts. Dr. Nor Hasanah Abdul Shukor Lim selaku ketua projek) dan Interlocking Hollow Block System with Local Additives Materials (Prof. Madya Ir. Dr. Shek Poi Ngian selaku ketua projek).

Keenam-enam produk tersebut berjaya memperoleh anugerah pingat emas. Lebih manis, produk Asphalt-FWB turut diberi pengiktirafan Anugerah Khas Inovasi Terbaik iENA.

Sementara itu, pelajar tahun akhir, Dineshkumar A/L Pooselvam berjaya meraih “Road Engineering Association of Malaysia (REAM) President’s Final Year Student Award 2022”, hasil projek tahun akhir beliau yang bertajuk “Acoustic Behaviour of Porous Asphalt Based on Malaysian Highway Authority Gradation“. Pelajar di bawah seliaan Dr. Mohd Zul Hanif Mahmud ini menerima hadiah berupa wang sebanyak RM2000 , certificate of medallion, dan keanggotaan REAM dalam tempoh setahun. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof .

Explore More