November 21, 2024

Search
Close this search box.

UTM Terima Dana TERAJU, Tingkatkan Taraf Hidup B40 Menerusi Projek Ternakan Ikan Kelah

MERSING, 27 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima tawaran bagi menjalankan “Projek Penternakan Ikan Kelah dan Spesis Ikan Tempatan” di bawah program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) berjumlah RM2.15 juta yang bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan golongan B40 terutamanya di Negeri Johor.

Dana ini merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) selari dengan Agenda Nasional Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan sebagai sokongan kepada inisiatif terkini kerajaan iaitu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).  Penyelarasan projek ini akan dibantu oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN UTM) sebagai urusetia Dana DPUB.

Program yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun ini diketuai oleh Dr. Mohd Adib bin Sarijari melibatkan 15 orang peserta di sekitar Negeri Johor bersama rakan strategiknya Far East Planet yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam penternakan ikan kelah.

Prof Madya Dr. Johari bin Surif telah menerima surat tawaran tersebut daripada Dato’ Md Silmi bin Abd Rahman sewaktu menghadiri program lawatan YB Datuk Dr. Abd Latiff bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) di Felda Tenggaroh 2 dan Kampung Air Merah, Mersing pada 27 Oktober yang lalu.

Pengarah CCIN UTM, Prof Madya Dr. Johari bin Surif menerima surat tawaran dana daripada Dato’ Md Silmi bin Abd Rahman, CEO Teraju disaksikan oleh YB Datuk Dr. Abd Latiff bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

Explore More