April 26, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel Pemantapan Pengurusan Makmal FABU Perkukuh Sinergi antara Jabatan

Oleh : Intan Nursuryana Zakaria

JOHOR BAHRU, 30 Ogos –  Bengkel Pemantapan Pengurusan Makmal Fakulti Alam Bina dan Ukur 2022 telah diadakan pada 29 & 30 Ogos 2022 yang lepas bertempat di Hotel Ramada Meridin, Nusajaya, Johor Bahru. Seramai lebih kurang 50 orang peserta telah terlibat menjayakan bengkel ini yang terdiri daripada staf teknikal, penyelaras makmal dan beberapa orang wakil dari Pengurusan Tertinggi FABU.

Bengkel ini adalah bengkel kali pertama yang melibatkan keseluruhan pengurusan makmal FABU selepas pelaksanaan Sinergi UTM 4.0 di antara Fakulti Alam Bina dan Fakulti Geoinformasi Harta Tanah pada 1 Julai 2018 yang lepas.

Pelaksanaan bengkel ini adalah bertujuan untuk memantapkan sistem pengurusan makmal FABU yang melibatkan beberapa aspek penting seperti pengemaskinian Manual Prosedur Kerja (MPK) UPM FABU, membincangkan potensi projek-projek dan idea inovasi oleh staf makmal dan merancang pembangunan staf makmal dari segi latihan dan laluan kerjaya staf.

Sr Dr. Khairulnizam bin M. Idris selaku Pengurus Makmal FABU telah mengetuai bengkel ini dan tiga orang Fasilitator yang terdiri daripada staf makmal telah dilantik bagi membantu pelaksanaan sesi bengkel.

Unit Pengurusan Makmal FABU mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Dekan FABU, Prof. Sr Dr. Kherun Nita binti Ali yang juga hadir semasa bengkel dan telah memberi banyak input serta cadangan untuk pemantapan pengurusan makmal FABU.

Secara keseluruhannya, pembentangan kumpulan bagi setiap sesi serta cadangan dari penyelaras makmal dan pengurusan tertinggi FABU telah menjadi titik mula untuk meningkatkan dan memantapkan perkhidmatan setiap makmal di Fakulti Alam Bina dan Ukur.

UPM FABU berhasrat untuk mengadakan Bengkel Pemantapan Pengurusan Makmal FABU Siri 2 pada masa akan datang.

 

Explore More