Mac 2, 2024

Search
Close this search box.

Merdeka Walk Semarakkan Program Sambutan Kemerdekaan Warga UTM International

Oleh: Hjh. Nor Azlinda Abu Bakar & Prof. Dr Nor Haniza Sarmin

JOHOR BAHRU, 29 Ogos – Sempena sambutan Kemerdekaan ke-65, UTM International (UTM-i) telah menganjurkan Merdeka Walk untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan komuniti UTM, khususnya warga UTM-i.  Program ini dimulakan dengan aktiviti regangan yang diketuai oleh saudara Ahmad Fadzli Rodi.

 Staf UTM-i memulakan aktiviti regangan di kawasan Global Garden UTM-I sebelum Merdeka Walk.

Program Merdeka Walk ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Prof. Dr. Nor Haniza binti Sarmin yang menjalankan tugas Pengarah UTM-i sejurus selepas Majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke-65 peringkat UTM-i. Pengerusi Kelab Keluarga UTM-i, Hjh. Nor Azlinda Abu Bakar telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Prof. Dr Nor Haniza sebagai simbolik pelancaran program. Seramai 37 orang staf UTM-i Johor Bahru telah melibatkan diri dalam Merdeka Walk pada kali ini.

Poster Majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke-65 oleh YBhg. Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin.

Penyerahan Jalur Gemilang dari Hjh. Nor Azlinda kepada Prof. Dr. Nor Haniza.

Program Merdeka Walk dilaksanakan di dalam kawasan kampus UTM Johor Bahru bermula dari UTM-i hingga ke Helipad UTM dan Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI) dan seterusnya kembali semula ke UTM-i melalui Sekolah Kejuruteraan Elektrik (SKE).

Para peserta membawa dan mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik sepanjang perjalanan sebagai simbolik pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke-65 peringkat UTM-i. Seramai empat (4) orang pengawal keselamatan dan trafik dari Bahagian Keselamatan UTM turut terlibat mengiringi pergerakan Merdeka Walk dan lalu lintas di kawasan yang dilalui.

Sebahagian koleksi gambar Warga UTM-i semasa Merdeka Walk.

Program Sambutan Kemerdekaan ke-65 anjuran Kelab Keluarga UTM-i turut melibatkan beberapa lagi aktiviti lain seperti pemasangan bendera di sekitar bangunan dan Pejabat UTM-i, pertandingan nyanyian lagu patriotik dan pertandingan Kuiz Kemerdekaan secara maya (zoom).

Poster pertandingan nyayian lagu patriotik UTM-i.

Pengurusan UTM-i mengucapkan tahniah dan merakamkan setinggi penghargaan kepada semua warga UTM-i yang terlibat secra langsung ataupun tidak dalam program yang dijalankan sempena Sambutan Kemerdekaan ke-65 peringkat UTM-i.  Adalah menjadi hasrat pengurusan UTM-i agar inisiatif seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Keluarga UTM-i Teguh Bersama!

 

 

Explore More