Disember 22, 2024

Mahasiswa UTM Bimbing 325 Pelajar Sekolah Rendah melalui Kursus Smart Leadership 2022

KANGKAR PULAI, 20 Jun. — MyLinE atas jemputan Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 dengan bekerjasama SINAR KTDI, UTM telah menjayakan sebuah Kursus Smart Leadership anjuran SK Kangkar Pulai 2 pada 17 sehingga 18 Jun 2022. Program selama dua hari ini adalah bertujuan untuk meningkatkan jati diri pelajar-pelajar dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disediakan.

Seramai 26 orang pelajar dari SINAR KTDI telah dilantik menjadi fasilitator kursus ini. SINAR KTDI merupakan satu jawatankuasa mahasiswa kolej kediaman UTM yang ditubuhkan dibawah Inisiatif Jana Kemahiran Siswa Resak. Sebelum ini, SINAR KTDI telah banyak menjalankan program kemahiran bagi kalangan mahasiswa dan salah satunya adalah program pengukuhan bahasa Inggeris dimana pihak MyLinE dijemput sebagai penceramah jemputan. 

Bagi kursus Smart Leadership 2022, SINAR KTDI membimbing 325 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada pelajar tahun 3 hingga tahun 6 yang memegang jawatan sebagai ketua kelas, penolong ketua kelas, pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan. Selain itu, SINAR KTD turut membantu guru-guru SK Kangkar Pulai 2 dalam menguruskan pelajar-pelajar dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang pihak sekolah. 

MyLinE mengambil peluang untuk turut serta dalam Kursus Smart Leadership 2022 sebagai salah satu program CSR dengan menyumbang 325 cenderamata MyLinE kepada pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dan beberapa hadiah bagi aktiviti yang dipertandingkan. Program ini merupakan program dibawah pimpinan Unit Pemimpin Muda Serta Unit Disiplin, SK Kangkar Pulai 2. 

Program ini juga merupakan pengalaman pertama bagi Sinar KTDI sebagai fasilitator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pelajar-pelajar sekolah yang berumur di bawah 12 tahun. Mahasiswa UTM yang bertindak sebagai fasilitator ini telah didedahkan dengan kemahiran komunikasi, pengurusan disiplin dan kemahiran kepimpinan untuk pembangunan diri.

Di sediakan oleh: Dr. Hema Rosheny Mustafa, Nurul Na’immah Hamdan, Rika Diana Busri, Nur Shamsinar Ramli, Nur Nadirah Baharam, Abd Rahim Ahmad, Nurhidayah Reman & Nur Syuhadah Rusni.

Explore More