April 26, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 25 Jun – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan Iskandar Investment Berhad (IIB) menjalankan program Drone Edu Challenge 4IR (DEC4IR) 2022 yang mensasarkan 5,000 peserta dari kalangan murid sekolah rendah dan menengah daripada seluruh Malaysia.

Program anjuran Pusat Inovasi Sukan dan Teknologi (SITC) UTM yang dijalankan secara dalam talian ini akan berlangsung selama 5 bulan dari bulan Jun sehingga Oktober 2022 yang melibatkan peserta daripada sekolah awam, swasta dan sekolah pendidikan khas.

DEC4IR merupakan program yang direka bentuk bagi meningkatkan dan menyokong usaha membangunkan bakat generasi hadapan iaitu murid di sekolah rendah dan sekolah menengah. 

Ia merupakan hasil jalinan usaha sama UTM bersama semua rakan strategik untuk memberi peluang dan meningkatkan keupayaan murid melalui aspek meningkatkan penyertaan murid dalam bidang STEM, mengoptimumkan pembelajaran murid dalam aspek pengetahuan dan kemahiran masa hadapan dan melahirkan murid yang sukakan cabaran, reflektif dan berkualiti tinggi dalam sistem pentaksiran.

Program Prapelancaran Pertandingan (DEC4IR) 2022 telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Common Ground Iskandar Space, Medini 6, Iskandar Puteri semalam.

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr Rosli Md Illias dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Md Said Md Daimon.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM, Prof. Dr Rosli Md Illias dalam ucapan alu-aluan berkata, program ini mengintegrasikan teknologi, pengajaran dan pembelajaran seperti Augmented Reality (AR), IoT, 3D modelling, Project-Based Learning dan peluang berinteraksi dengan pakar-pakar dari industri.

Prof. Dr Rosli Md Illias

Program Drone Edu Challenge 4IR (DEC4IR) ini telah bermula pada tahun 2020 dan telah memberikan impak politif kepada lebih 3,500 orang pelajar dan 100,000 peserta yang diberi pendedahan terhadap dron, robotik, pengaturcaraan melalui program yang dijalankan secara maya selama lima bulan.

“Pada tahun 2020 iaitu tahun pertama pelaksanaan program DRONE EDU CHALLENGE IR 4.0 dapat dilihat keterujaan murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5 dalam menyempurnakan kesemua cabaran Drone melalui sesi webinar, aktiviti kuiz, tugasan, penggunaan perisian dan pembangunan coding bagi menerbangkan drone.  

Malahan, murid berupaya menjawab segala persoalan mengenai cabaran yang dilakukan semasa sesi temu bual bersama panel pakar drone dari industri dan akademik.

Maka, momentum keterujaan ini terus diperluaskan pada tahun 2021 kepada semua sekolah menengah, sekolah rendah dan juga pendidikan khas dengan 3780 pendaftaran melibatkan 2370 murid dan juga 1271 guru daripada semua kategori yang dipertandingkan,” kata beliau.

Tambah beliau, UTM juga sangat komited dalam mendukung aspirasi Kerajaan Malaysia dalam menjayakan Dasar Pendidikan Digital yang menekankan tiga aspek utama iaitu pertama: menyediakan generasi fasih digital, kedua: meningkatkan kompetensi dan pembangunan profesional, dan ketiga:  kepimpinan dan pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan.

Dr Adham Baba (dua kiri) menandatangani plak pelancaran pertandingan Drone Edu Challange (DEC) 4IR 2022 di Common Ground Iskandar Space, Medini 6, Iskandar Puteri semalam. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Rosli Md Illias (dua kanan) dan Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Zainal Abidin Abu Hassan (tiga kanan).
Dr Adham (paling kanan) melawat pameran peralatan dan teknologi penerbangan dron di tapak ujian penerbangan Drone di Asia Drone, Medini
Sebuah dron yang berjaya diterbangkan dalam sesi demonstrasi teknologi penerbangan dron di majlis perasmian Drone Edu Challenge 4IR 2022 di Iskandar Puteri semalam.
Dr Adham bergambar berkumpulan dengan peserta dan penganjur Drone Edu Challenge 4IR 2022 di Medini 6, Iskandar Puteri, Johor.

Explore More