November 27, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 2 Mei – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mengurniakan sebanyak 400 juadah makanan sempena sambutan Aidilfiri kepada pelajar antarabangsa dan warga kerja (petugas masjid dan anggota keselamatan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kurniaan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hishamuddin Abd. Rahim.

Sumbangan ini dibuat bagi menimbulkan semangat keceriaan kepada mahasiswa antarabangsa yang tidak dapat pulang ke negara masing-masing bagi menyambut Aidilfitri di samping menunjukkan rasa prihatin kepada kakitangan yang bertugas pada Hari Raya .

Sumbangan makanan disampaikan di Pentas Dataran U4, Kolej Perdana UTM pada 1 Syawal yang lalu.

Diharapkan semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada mahasiswa antarabangsa dan juga warga kerja yang bertugas sepanjang sambutan Aidilfitri tahun 2022 ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abd. Rahim (dua kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada seorang mahasiswa antarabangsa UTM yang diiringi oleh keluarganya.
Sumbangan diserahkan kepada wakil kakitangan Bahagian Keselamatan UTM yang bertugas menjaga keselamatan kampus ketika semua warga UTM bercuti sempena sambutan Aidilfitri.
Wakil petugas Masjid Sultan Ismail (MSI), Mahyudin Md Sarip (paling kanan) menerima sumbangan dari Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abd. Rahim mewakili semua petugas MSI.
Keceriaan jelas terpancar di wajah para mahasiswa antarabangsa UTM setelah menerima sumbangan makanan sempena Aidilfitri 2022 dari Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

Explore More