November 22, 2024

Search
Close this search box.

Siri Jelajah 2 #PKAUTMKL Cakna Bersama Bahagian Pendaftar Capai Objektif

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Kuala Lumpur (PKA UTMKL) telah membuat kunjungan mesra ke Pejabat Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur awal pagi ini.

Kunjungan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Siri Jelajah #PKAUTMKLcakna yang bertujuan untuk meningkatkan keterlihatan PKA khususnya di dalam kampus UTM.

Di samping itu, PKA turut memainkan peranan sebagai mediator bagi menyampaikan pandangan dan cadangan di antara ahli persatuan dengan Pusat Tanggungjawab UTM.

Pertemuan selama 40 minit tersebut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur iaitu Haji Najib Masroom berserta 4 orang Ahli Jawatankuasa PKA UTM iaitu PM Ir. Ts. Dr Syuhaida Ismail (Presiden PKA UTMKL), Ts. Dr Noraimi Shafie (Setiausaha PKA UTMKL), Ts. Dr Hafiza Abas (Setiausaha PKA UTM) dan Dr Zilal Saari (Penolong Setiausaha PKA UTM).

Perbincangan dua hala antara wakil Persatuan kakitangan Akademik UTMKL dengan Bahagian Pendaftar UTMKL berjalan lancar.

Menurut Haji Najib, kunjungan dan lawatan seperti ini amat dihargai atas semangat mewujudkan suasana kerja yang positif di samping membuka ruang komunikasi dua hala yang sihat di antara persatuan-persatuan dan Bahagian Pendaftar UTM.

Peranan utama Persatuan dan Kesatuan Sekerja seharusnya menjadi penghubung untuk menyalurkan pandangan ahli masing-masing melalui saluran yang betul, seterusnya mencapai persepakatan dalam suasana yang harmonis.

Presiden PKAUTM KL turut merakamkan penghargaan  kepada Bahagian Pendaftar atas kesudian menerima kunjungan mesra ini. Menurut beliau, pelbagai program boleh diaturkan secara bersama dalam rangka meningkatkan kompetensi dan motivasi kakitangan akademik.

Perbincangan dua hala ini telah membincangkan beberapa perkara berhubung perkhidmatan kakitangan akademik di UTM.

Antaranya adalah tahap kesihatan fizikal dan mental sebahagian staf akademik yang semakin menurun akibat bebanan kerja yang tinggi seperti slip disc, stress berpanjangan, kelesuan mental (burnout) dan lain-lain.

Turut dibincangkan mengenai pekeliling clock in sebelum pukul 10 pagi yang telah mendapat maklumbalas daripada kakitangan akademik. Bahagian Pendaftar mengambil perhatian terhadap pandangan dan cadangan yang diutarakan oleh PKA UTMKL dan akan mengangkat perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Kesimpulannya, usaha Siri Jelajah #PKAUTMKLcakna ini dilihat seiring dengan semangat Sinergy & High Performance Delivery yang menjadi keutamaan UTM dalam rangka ke arah Envision 2025.

Program Siri Jelajah #PKAUTMKLcakna akan diteruskan dengan lawatan mesra ke semua PTJ dan fakulti di UTMKL. Sebelum ini, PKA UTMKL telah membuat lawatan yang sama ke Bahagian Keselamatan UTMKL pada Mac 2022 yang lalu.

Kakitangan akademik dialu-alukan berkongsikan idea, usul dan aduan menerusi shorturl.at/ctMQY.

Teruskan menyokong PKA UTMKL.

Wakil PKA UTMKL membawa pandangan dan suara ahli PKA dalam Siri Jelajah 2 #PKAUTMKLcakna

Ringkasan Sesi Jelajah 2 #PKAUTMKLcakna ke Bahagian Pendaftar UTMKL pada 13 Mei 2022 9.00 pagi – 9.40 pagi

1. Pendaftar sentiasa membuka ruang komunikasi dua hala yang sihat dengan persatuan-persatuan di UTMKL

2. Usaha PKA dilihat amat baik dalam menyalurkan pandangan ahli melalui saluran yang betul dalam suasana yang harmonis

3. Pendaftar turut menjalankan program untuk staf PPP dengan pihak JPA. Ini boleh turut dijalankan secara kolaborasi untuk kakitangan akademik di bawah program PKA UTMKL.

4. PKA UTMKL mengutarakan cadangan untuk meneliti semula pekeliling clock-in sebelum 10 pagi berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada ahli. Ini termasuklah kekangan masa dan aspek keselamatan untuk clock in bagi kelas/mesyuarat atas talian yang tidak mengikut masa bekerja UTM (kelas pada jam 7 pagi misalnya) dan tugasan luar kawasan seperti mesyuarat di luar UTM pada awal pagi.

5. PKA UTMKL turut menyuarakan agar boleh mempertimbangkan cadangan kembali kepada pekeliling asal clock in sekali sehari mengambil

kira beban KPI 7P yang semakin kritikal serta ketidakpastian (uncertainty) lain yang mungkin berlaku sepanjang tempoh pandemik dan endemik COVID-19 ini.

6. PKA UTMKL turut mencadangkan agar diwujudkan fasa “reset minda” agar semua kakitangan siap sedia menghadapi sebarang perubahan yang ingin dilaksanakan oleh pihak UTM.

7. Pendaftar menekankan bahawa pekeliling clock in adalah bertujuan untuk memastikan urusan pencen kakitangan tidak bermasalah akibat wujudnya data tidak hadir. Perkara ini telah berlaku pada sebahagian kakitangan akademik mengakibatkan terjejasnya manfaat pencen.

8. Namun, Pendaftar mengambilkira semua cadangan ini dan akan mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi untuk perhatian dan tindakan universiti.

9. Pertemuan seumpamanya akan dijalankan dari semasa ke semasa berdasarkan cadangan/isu/idea berbangkit yang diutarakan oleh ahli PKA UTMKL menerusi shorturl.at/ctMQY

#PKAUTMKLcakna

Explore More