April 26, 2024

Search
Close this search box.

Sekumpulan penyelidik dari Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya membangunkan aplikasi mudah alih yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di luar talian.

Aplikasi mudah alih ini yang dinamakan Mobile-Based Augmented Reality Lecturer Assistant (MARLA) ini telah dihasilkan dari gabungan teknologi terkini seperti Kecerdikan Buatan (AI), Realiti Tambahan atau ‘Augmented Reality’ (AR) dan Pemprosesan Imej (Image Processing) oleh seorang penyelidik bersama seorang pelajar diketuai oleh Ts. Dr. Nur Haliza Abdul Wahab. 

Bercakap dalam sesi wawancara yang dikendalikan oleh Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM di pejabatnya yang bertempat di Pusat Penyelidikan Membran Termaju (AMTEC), Dr. Nur Haliza berkata matlamat utama beliau membangunkan aplikasi ini adalah bagi membantu memudahkan pembelajaran dan pengajaran terutamanya dalam keadaan penutupan sesi pembelajaran secara bersemuka yang berpanjangan akibat pandemik COVID-19 secara tidak langsung, meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.

Penutupan instituisi pengajian tinggi, dan sekolah akibat pandamik membuatkan perubahan dalam sistem pendidikan di mana sesi pembelajaran bersemuka telah di ubah kepada pembelajaran di atas talian.

Terdapat banyak masalah dan kekangan yang wujud di atas perubahan pembelajaran atas talian. Beban kerja bagi pensyarah meningkat dan pelajar juga mengalami tekanan dan kesukaran untuk mengekalkan motivasi dalam pembelajaran secara atas talian.

Liputan perkhidmatan internet yang sukar di kawasan pedalaman juga menyulitkan pelajar dan pensyarah yang tinggal di zon berkenaan untuk mengikuti sesi pembelajaran dalam talian.

Mengunakan teknologi terkini gabungan AI dan AR bukan sahaja dapat digunakan tanpa talian internet malah dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap pembelajaran.

Teknologi AI juga dapat membantu dalam sesi soal jawab pelajar bersama pensyarah maya (virtual lecturer) dalam memberi dan menyampaikan matlumat yang tepat kepada pelajar.

Aplikasi ini yang menggunakan teknologi AR dapat menarik minat pelajar dengan kewujudan pensyarah maya (virtual lecturer) di hadapan mereka di mana-mana mereka perlukan.

Interaksi komunikasi ini dapat menarik minat pelajar di tambah dengan sesi komunikasi yang dibantu dengan teknologi AI membuatkan ia seperti komunikasi manusia bersama manusia (human to human communication) dan bukan seperti berkomunikasi dengan mesin atau robot.

MARLA merupakan aplikasi mobil yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja yang menggunakan teknologi termaju, dan boleh dimiliki semua individu yang mempunyai telefon bimbit  (smartphone).  

Ciptaan ini di jangka akan digunakan dan menjadi satu trend seluruh dunia selaras dengan pergerakan teknologi kearah METAVERSE, segala bercirikan ‘REALITY’.

Aplikasi ini akan membawa sektor pelajaran Malaysia ke tahap yang jauh lebih tinggi Ciptaan ini telah menerima beberapa pengiktirafan tempatan dan antarabangsa.

Antara anugerah yang dimenangi termasuk GOLD AWARD, (PROJECT LEADER) – New Academia Learning Innovation 2021 (NALI 2021), SPECIAL AWARD, (PROJECT LEADER) – Asia International Innovation Exhibition (AIINEX) 2021, GOLD AWARD, (PROJECT LEADER) – International Virtual Expo of Innovation Product and System Design 2021 (In-ViDE 2021), SILVER AWARD, PROJECT LEADER) – Asia International Innovation Exhibition (AIINEX) 2021 SILVER AWARD, (PROJECT LEADER) – International Alumni Convention & Innovation Exhibition (INACIX) 2021, 2020 GOLD AWARD, (PROJECT LEADER) – Industrial Art & Technology Exhibition (INATEX) 2020.

Realiti Tambahan atau Augmented Reality (AR) yang digunakan dalam aplikasi ini dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (T&L) ekoran kuliah secara fizikal yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Realiti Tambahan (Augmented Reality) yang digunakan dalam aplikasi ini

Explore More