November 22, 2024

Search
Close this search box.

The 1st SATREPS-OTEC Forum telah berlangsung secara dalam talian dengan jayanya pada Mac 2021 dan telah menyaksikan pembentangan kertas-kertas kerja berkaitan Projek Penyelidikan geran SATREPS-OTEC dan telah berjaya menjadi satu platform perbincangan antara penyelidik dalam dan luar negara tentang inisiatif ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Susulan dari kejayaan itu, forum ini tidak akan terhenti di sini sahaja, siri kedua, 2nd SATREPS-OTEC Forum telah dirancang dan bakal berlangsung pada 3 Mac 2022, juga akan dijalankan secara dalam talian.

SATREPS-OTEC adalah geran penyelidikan yang telah diperolehi oleh UTM Ocean Thermal Energy Centre (UTM-OTEC) daripada pihak negara Jepun. Penyelidikan jangka panjang (2019-2025) ini turut dibiayai oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui geran padanan MyPAIR.

Forum yang diadakan ini adalah untuk melaporkan perkembangan projek, dan membentangkan hasil penemuan terkini penyelidikan yang dijalankan. Maklumat lanjut berkaitan geran penyelidikan ini boleh diperolehi melalui portal rasmi SATREPS-OTEC, https://www.utm.my/satreps/

Sewaktu Forum SATRPES-OTEC yang pertama, Ketua Program, Prof Dato’ Ir Dr A.Bakar Jaafar dalam sesi ucaptamanya telah menjelaskan keupayaan Projek OTEC untuk memenuhi kesemua 17 SDG yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rakan penyelidik dari Universiti Saga Jepun, Dr Takeshi Yasunaga pula telah menyimpulkan, lebih banyak usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan pendidikan, pemindahan teknologi, perkongsian maklumat, promosi kesedaran dan meningkatkan keterlihatan sub-sub projek di dalam penyelidikan tersebut.

Petikan pembentangan Ketua Program, Prof Dato' Ir Dr A.Bakar Jaafar.
Petikan slaid pembentangan Ketua Program, Prof Dato’ Ir Dr A.Bakar Jaafar dalam 1st SATREPS-OTEC Forum.

Pada 2nd SATREPS-OTEC Forum yang akan datang, sesi ucaptama akan disampaikan oleh Ts Dr Sathiabama T.Thirugnana, Pengarah UTM-OTEC.

Forum ini akan menyaksikan pembentangan kertas kerja dari sub-sub projek yang terlibat.

Di samping itu pembentangan terkini berkaitan status pembinaan UPM-UTM OTEC Centre di I-AQUAS Port Dickson juga dijangka akan dilaporkan.

Pihak penganjur berbesar hati menjemput semua penyelidik dan pelajar UTM untuk turut serta dalam forum ini.

Penyertaan adalah percuma, dan terbuka juga kepada pihak umum. Pendaftaran dan maklumat lanjut forum boleh diperolehi https://events.utm.my/event/the-2nd-satreps-otec-forum/

Explore More