April 26, 2024

Search
Close this search box.

Institut Teknologi Malaysia Jepun (MJIIT) adalah sebuah institusi di bawah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan juga institusi pendidikan berteraskan kejuruteraan Jepun yang pertama ditubuhkan di Malaysia telah dinaiktaraf sebagai hab pengurusan bencana di rantau ASEAN.

MJIIT yang ditubuhkan pada 2011 adalah satu inisiatif pembangunan pendidikan dan sumber manusia di bawah Dasar Pandang Ke Timur dan disokong oleh satu konsortium terdiri daripada 29 universiti Jepun

Mempunyai rakan sejawat dari Jepun dalam pengurusan bencana akan membolehkan Malaysia berkembang maju dalam kesiapsiagaan dan ketahanan menghadapi bencana. Jepun mempunyai pengalaman yang luas dan teknologi terkini dalam meminimumkan terjadinya insiden bencana.

Peranan MJIT diperluas menerusi kerjasama rakan sejawat ini, bukan sahaja menganjurkan dan bertukar ilmu menerusi persidangan, malah juga mengalu-alukan pelajar lepasan ijazah Sarjana Muda dari rantau ASEAN untuk menjadi sebahagian daripada Program Pendidikan Kolaboratif (CEP) menerusi program cendekiawan muda Jaringan Kejuruteraan Lestari (SEEN) iaitu pelajar yang layak menerima biasiswa daripada MJIIT menerusi JICA dan AUN/SEED- Net

MJIIT juga menawarkan program kerjasama ijazah Sarjana Sains Alam Sekitar dan Kelestarian, yang ditandatangani antara Universiti Tsukuba dan MJIIT. Kurikulum akademik program berkenaan mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia yang diiktiraf Kerajaan Malaysia. Pelajar akan mengikuti pengajian selama setahun di MJIIT dan kemudian setahun di Tsukuba. Pelajar terlibat akan menerima ijazah Sarjana yang diperakui oleh kedua-dua universiti.

Sebagai tambahan kepada program berasaskan kejuruteraan Jepun yang disedikan MJIIT, pelajar turut didedahkan kepada budaya dan bahasa Jepun serta kemahiran bagi menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) selain memenuhi Dasar Pandang Ke Timur 2.0.

Dasar Pandang Ke Timur menyambut ulang tahun ke-40 tahun ini dan asas yang kuat dibina dalam pendidikan berasaskan kejuruteraan Jepun setakat ini telah membuka jalan kepada MJIIT untuk terus membangun ke arah menjadi hab pendidikan serantau.

MJIIT sudah melahirkan 935 pelajar Sarjana Muda dan 558 pelajar ijazah Sarjana sejak 2015, dan kebanyakan mereka telah mendapat pekerjaan termasuk di Jepun dan Malaysia

Alamat capaian : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/914735/fakulti-mjiit-utm-jadi-hab-pengurusan-bencana-asean

Explore More