Disember 22, 2024

UTM & Yayasan Budi Ihsan Malaysia Perkukuh Kerjasama Melalui Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU)

KUALA LUMPUR, 4 Jan. — Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTM dan Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) telah diadakan secara maya pada hari Selasa, 4 Januari 2022 jam 9.00 pagi dengan menyaksikan termeterainya secara rasmi kerjasama antara kedua-dua pihak.

Memorandum Persefahaman (MoU) ini ditandatangani oleh Ybhg. Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM dan disaksikan oleh Prof Dr. Rosli Md Illias, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, di pihak UTM.

Manakala di pihak YBIM, memorandum ditandatangani oleh Ybhg. Dato’ Sr. Rosli Atan selaku Pengerusi disaksikan oleh En. Zulkifli Abdullah, selaku Pemegang Amanah YBIM.

Majlis disaksikan oleh Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh, Pro-Naib Canselor UTMKL, Prof Madya Dr. Sheikh Ahmad Zaki Shaikh Salim, Pengarah Pentadbiran Pejabat TNCPI UTMKL dan Encik Mohd Najib Masroom, Timbalan Pendaftar UTMKL.

Turut hadir adalah pegawai kanan UTM, eksekutif YBIM dan urusetia majlis. Kerjasama antara UTM dan YBIM telah terjalin sejak awal 2021 dengan program CSR Kembara Korban disusuli dengan Projek Free Meals on Wheel dan akan datang adalah Projek Bot Banjir bagi membantu komuniti yang memerlukan.

Pada majlis tersebut, kedua-dua pihak telah menzahirkan rasa syukur atas termaktubnya kerjasama ini di mana UTM dapat menyumbang dari segi kepakaran teknologi yang disalurkan melalui YBIM untuk berbakti kepada masyarakat.Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan berakhir pada jam 9.30 pagi dengan sesi bergambar.

Explore More