Mei 3, 2024

Search
Close this search box.

Tahun 2022 mencatatkan sejarah penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang ke-50 untuk memperingati detik institusi ini dinaikkan taraf dari Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) ketika itu kepada taraf universiti pada 14 Mac 1972.

Majlis Pra-Pelancaran ulangtahun ke-50 UTM diadakan secara dalam talian pada 1 Januari 2022 dan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Azman Hj Mokhtar.

Sebanyak 93 program telah dirancang sepanjang tahun bermula 1.1.2022 hingga 31.12.2022 termasuk satu khutbah khas yang diadakan pada 31.12.2021 di kampus Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pagoh sehari sebelum bermulanya program sambutan.

Sempena ulang tahun ke-50 ini juga pelbagai sambutan telahpun dirancang antaranya Leaders of UTM (01.01-31.12), Wall of Alumni (01.01-01.02), Pameran Khazanah Berimpak Universiti: 50 Tahun UTM (01.03-31.12), Pameran Sejarah Masjid UTM (01.06-31.12).

Selain program sepanjang tahun, terdapat juga program yang diatur mengikut bulan seperti program Innovate Johor dan Majlis Makan Malam Diraja yang berlangsung pada 1 Mac dan juga 26 Mac 2022.

Untuk bulan Jun pula akan berlangsung program Hari Terbuka UTM Kampus Cawangan Pagoh sempena Sambutan ke-50 tahun UTM (29-30 Jun 2022) diikuti pada 12 Julai iaitu Pameran Arkib di UTM Kuala Lumpur.

Bagi bulan Ogos 2022 pula terdapat lima program yang telah disusun iaitu Hari Keluarga UTM, Pertandingan Hackaton – Data Hackathon/APSS Hackathon, Majlis Pengisytiharan nama Masjid UTMKL sempena 50 tahun UTM dan Larian Merdeka UTM (kesemuanya berlangsung pada 01.08.2022) dan Konvoi 50 tahun UTM (20.8.2022 – 21.08.2022).

Program UTM Denai Duathlon akan berlangsung pada 16 September diikuti ‘Homecoming Alumni Sweet September’ pada 24 September 2022.

Pada 23 hingga 30 Oktober 2022 pula akan berlangsung Pesta Konvokesyen UTM sempena ulangtahun ke-50 tahun UTM dan pada 29 Oktober hingga 6 September pula akan berlangsung Kejohanan Futsal Dato’ Naib Canselor.

Bulan November 2022 pula bakal mencatat sejarah paling menarik dalam sambutan ulangtahun universiti ini yang ke-50 apabila program Perlawanan Bola Sepak antara Pasukan Pilihan UTM menentang Pasukan Artis/Raja Lawak Malaysia yang bakal berlangsung pada 26 November 2022.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail (dua kanan) menerima Logo Sambutan Ulangtahun UTM ke-50 dari Pengerusi Urusetia Pertandingan Logo sambutan ulangtahun ke-50 UTM, Prof. Dr Mohd Zaki Kamsah.

Explore More