April 20, 2024

Search
Close this search box.

UTM Kuala Lumpur Terima Kunjungan Hormat Duta Jepun

22 Oktober 2021, Kuala Lumpur –  Satu kunjung hormat dari Duta Kerajaan Jepun ke Malaysia, His Excellency (HE) Oka Hiroshi dan delegasi beliau; Takizawa Masahiko, wakil ketua JICA Malaysia dan Saito Yukiyoshi, Attaché Pendidikan Kedutaan telah berlangsung di Pejabat Naib Canselor, Menara Razak UTM Kuala Lumpur pada hari ini. 

Semasa kunjung hormat, HE Oka Hiroshi dan YBhg. Datuk Prof. Ts. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canseleri UTM telah berbincang mengenai mekanisma dan strategi untuk meningkatkan lagi kerjasama berimpak tinggi antara negara Jepun dan Malaysia khususnya dalam pengajian tinggi negara.

Penentuan bidang tujahan baharu juga telah dibincangkan bersama pihak kedutaan Jepun dan UTM dibawah Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) yang sememangnya mempunyai jalinan kerjasama yang erat bersama pelbagai rakan usahama seperti JICA, Tokyo University of Agriculture and Technology (TUAT), Meiji University, Kyoto University, Yamaguchi University dan lain-lain universiti Jepun.  

Turut dibincangkan berkaitan jalinan perjanjian antarabangsa serta program pertukaran pelajar Jepun di UTM.  UTM International juga turut menyentuh mengenai pengurusan visa pelajar pertukaran, aktiviti antarabangsa dan pelbagai kerjasama lain yang melibatkan kedua-dua belah pihak.

Lawatan ini turut disertai oleh Prof. Ts. Dr. Abdul Latif Saleh, Pro Naib-Canselor (Kampus UTMKL), Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Dekan MJIIT, dan Prof. Madya Dr. Norhayati Abdullah, Timbalan Pengarah UTM International Kuala Lumpur.

HE Oka Hiroshi meluangkan masa melawat MJIIT

Sewaktu lawatan, HE Oka Hiroshi bersama delegasinya telah meluangkan masa untuk melawat makmal-makmal di MJIIT.  Kehadiran beliau telah disambut meriah oleh warga MJIIT.  Dikesempatan itu, beliau juga turut bersua mesra bersama pensyarah-pensyarah dari Jepun di MJIIT.

HE Oka Hiroshi mendengar taklimat ketika sesi lawatan makmal MJIIT.

Beliau sangat berpuas hati dan gembira melihat pengurusan teratur serta kerjasama rapat antara pensyarah dan pelajar di UTM bersama rakan usahasama di Jepun. Semoga jalinan baik ini akan berterusan dan merapatkan lagi kedua-dua negara di masa hadapan.

– Kerana Tuhan Untuk Manusia –

Disediakan oleh;

Faz J

Explore More