April 19, 2024

Search
Close this search box.

Dua mahasiswa UTM terima anugerah berprestij dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2020

JOHOR BAHRU, 9 Nov – Dua mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah terpilih sebagai penerima dua anugerah berprestij dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2020 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Anugerah Kepimpinan Kolej Kediaman telah dimenangi oleh Umar Alfaruq Abdul Mutalib manakala Anugerah Kepimpinan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik pula telah dimenangi oleh Oscar Ling Fang Jack.

Untuk rekod, Oscar Ling telah menjadi Pengarah Program ‘Young Maker Challenge 2019’ anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Atas pencapaian cemerlangnya menjadi ‘orang penting’ mengetuai program ini, Oscar Ling telah mendapat pengiktirafan dari Kedutaan Amerika Syarikat.

Bagi saudara Umar Alfaruq pula, beliau telah dilantik untuk mengetuai program BACKWOOD ANNEX IT (BANNEXIT), sebuah pertubuhan sukarela mahasiswa UTM dalam memberikan bantuan kepada pelajar luar bandar di Negeri Sabah.

Di atas sumbangan murni ini, Umar Alfaruq telah mendapat pengiktirafan serta penghargaan dan kerajaan Negeri Sabah.

Pemenang Anugerah Kepimpinan Kolej Kediaman ini membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.00, Trofi, Sijil dan Hadiah Iringan serta Tawaran Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi Anugerah Tokoh Siswa di Peringkat Sarjana Muda atau Sarjana di Universiti dalam negara.

Bagi pemenang Anugerah Kepimpinan Sains, Teknologi & Kejuruteraan Matematik pula membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.00, Trofi, Sijil dan Hadiah Iringan serta Tawaran Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi Anugerah Tokoh Siswa di Peringkat Sarjana Muda atau Sarjana di Universiti dalam negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Oscar Ling Fang Jack dan Umar Alfaruq Abdul Mutalib diatas kejayaan berprestij ini.

Explore More