Disember 22, 2024

Oleh: Siti Rokiah Siwok, Mastura Mahfar, Tan Joo Siang, Jamaludin Ramli, Farah Adibah Ibrahim, Aqeel Khan, Aziz Yaacob, Wan Rohaya Wan Abdul Rahman, Siti Noraini Mohd Zali, Rosli Mohamad, Mohd Jais Jamil, Mohd Helmy Daud, Fadhilah Othman, Nur Afiqah Ahmad Mazlan, Muhammad Saiful Izzhar Zulkifli dan Najwa Khairiah Mohd Nadzri

8 September 2021 merupakan satu lagi detik bersejarah bagi Makmal  Kaunseling dan Psikoterapi Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana pada tarikh ini telah berlangsung perasmian penaiktarafan makmal oleh Presiden Lembaga Kaunselor (Malaysia), Profesor Madya Dr. Wan Marzuki bin Wan Jaafar secara dalam talian. Majlis perasmian telah disempurnakan dengan satu persembahan montaj.

Sempena majlis perasmian penaiktarafan ini juga telah diadakan program Webinar Kaunseling yang bertemakan “Pemerkasaan Kaunseling dan Kesejahteraan Psikologi”. Webinar ini telah dimulakan dengan slot ceramah bertajuk “Ke arah Memperkasakan Profesionalisme Kaunseling” yang telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Wan Marzuki bin Wan Jaafar dan telah dihadiri oleh lebih kurang seramai 400 peserta di talian Webex dan juga Facebook fakulti.

Ceramah tersebut telah disusuli dengan persembahan montaj Program Kaunseling dan Showcase bagi tujuan mempromosi program Bimbingan dan Kaunseling, peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Slot webinar seterusnya disambung dengan sesi forum bertajuk “Peranan Masyarakat dalam Memperkasa Kesihatan Mental Komuniti”. Ahli panel forum ini  terdiri daripada Profesor Madya Dr. Azlina binti Mohd. Kosnin, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM, Puan Shirly binti Berso, Ketua Penolong Pengarah Unit Psikologi Kaunseling, Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Encik Mohd Rosny bin Mohd Rasid, Penolong Pengarah HEM (Kaunseling dan Kerjaya Murid), Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Forum ini telah dihadiri lebih kurang 350 peserta. Peserta ceramah dan forum bukan sahaja terdiri daripada para guru bimbingan dan kaunseling dari pelbagai negeri, bahkan dihadiri oleh penolong-penolong pengarah, para pensyarah, para pentadbir sekolah, guru, pegawai psikologi, pembantu tadbir, pustakawan, jurutera, pegawai keselamatan dan juruteknik. 

Melalui soal selidik yang telah diedarkan, Webinar Kaunseling ajuran Sekolah Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta berkaitan dengan kepentingan peranan psikologi dan kaunseling dalam membina kesihatan mental masyarakat yang baik dan juga kepentingan peranan setiap ahli masyarakat dalam memperkasakan kesihatan mental komuniti.

Prof. Madya Dr. Mastura Mahfar, selaku Pengarah program merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih  kepada semua ahli Jawatankuasa  yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini.

Begitu juga ucapan jutaan terima kasih beliau kepada pihak pengurusan fakulti yang telah  banyak memberikan sokongan terhadap kelancaran program ini. 

Poster Perasmian Penaiktarafan Makmal Kaunseling dan Psikoterpi dan Webinar

WhatsApp Image 2021-09-08 at 10.20.03 AM.jpeg
 Sesi bergambar bersama sebilangan peserta dan Presiden Lembaga Kaunselor (Malaysia)

Explore More