November 22, 2024

Search
Close this search box.

PEWIBAWA UTM Anjur Mesyuarat Bersama Presiden Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar Dan Wilayah UA

JOHOR BAHRU, 12 Sept. — Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Program Bersama Presiden-Presiden Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar Dan Wilayah di Universiti Awam Malaysia.

Program ini melibatkan 8 persatuan daripada Institusi Pendidikan Universiti Awan dan Politeknik yang terdiri daripada 8 presiden dan 8 orang timbalan presiden persatuan masing-masing.

Selain itu, Pengarah Perancangan Bandar dan Wilayah UTM, Prof. Madya TPr Dr. Hairul Nizam Ismail dan penasihat persatuan dari setiap universiti juga turut hadir bagi meraikan program tersebut.

Program ini merupakan satu inisiatif dari Presiden Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA) UTM, Cik Nabiha Mohd Khusairy dengan hasrat PEWIBAWA UTM dapat bersama menjalinkan kolaborasi bersama universiti awam yang lain.

Program yang dijalankan secara atas talian ini (platform google meet) telah dihadiri 34 peserta dari kalangan wakil pelajar dan Penasihat Akademik Persatuan setiap universiti.

Program ini menjadi titik permulaan kerjasama bersama dalam memartabatkan imej Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah di peringkat nasional.

Ini bagi membuka peluang kerjasama yang lebih bermanfaat bersama persatuan professional di peringkat negara seperti Lembaga Perancang Bandar dan Wilayah (LPBM), Malaysian Institute of Planners (MIP) dan juga Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA).

Mesyuarat ini buat julung kalinya diadakan dalam kalangan Presiden dan Timbalan presiden sebagai platform menyumbang buah fikiran untuk mengembangkan lagi visibility mahasiswa perancang bandar dan wilayah di peringkat kebangsaan dan luar negara. Sebagai contoh, webinar Grooming Session dicadangkan untuk melatih mahasiswa perancang bandar dan wilayah dalam aspek komunikasi supaya dapat menarik minat umum terhadap suara dan pandangan generasi baru dalam isu-isu pembangunan.

Melaluinya, inisiatif telah dicadangkan untuk menggalakkan program komunikasi bersifat global bersama rakan di luar negara khususnya dalm mendapatkan perbezaan pandangan dalam pelbagai isu.

Perbincangan juga merangkumi  perkongsian isu kehidupan semasa mahasiswa dalam pembelajaran pandemic yang dihadapi di universiti masing-masing. Oleh hal yang demikian, pelbagai cara untuk penyelesaian perkara ini akan dibincangkan dan akan segera dilaksanakan.

Tangkapan Skrin secara langsung menerusi platform google meet yang  menunjukkan presiden dan timbalan presiden serta Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA) UTM sedang membincangkan program kolaborasi bersama dan isu yang dihadapi di setiap universiti.

Daripada program Mesyuarat Bersama Presiden Perancangan Bandar dan Wilayah dari universiti awam di Malaysia, diharapkan ia menjadi pencetus kepada inisiatif awal yang paling efektif untuk menonjolkan lagi bidang perancangan bandar dan wilayah di persada dunia.

Oleh itu, diharapkan ini merupakan titik dimana setiap persatuan universiti dapat merapatkan ukhuwah sesama universiti dan seterusnya bersama sama memajukan profesion perancang bandar.

Explore More