Disember 22, 2024

Senario penyalahgunaan dadah di kalangan warga belia hari ini dilihat sangat membimbangkan.

Statistik daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (Jan-Jun 2020) mendapati bahawa seramai 61,851 orang di kalangan belia berumur 19-39 tahun telah dikenalpasti terlibat dalam penyalahgunaan atau penagihan dadah serta bahan yang terlarang. Daripada jumlah itu pula seramai 3,664 orang daripadanya adalah dari kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Masalah ini berpunca daripada pelbagai faktor, samada perasaan ingin tahu individu, tekanan jiwa, latar belakang keluarga atau masalah kewangan.

Sehubungan itu, Kelab Mahasiswa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Forum Jenayah berkaitan Dadah dan Mahasiswa: Hukuman dan Pencegahan dibawah Karnival Belia Bebas Dadah (VIBE) anjuran Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM.

Forum ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Kaunseling UTM, PEMADAM Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia Negeri Johor (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Johor (AADK) dan PEMADAM Kebangsaan pada 6 April lalu.

Penganjuran forum yang dihadiri oleh dua orang panel yang sungguh berwibawa dan berkaliber iaitu DSP Kumar A/L K.M PERUMAL, Pegawai Turus Bahagian Perlucuthakan Harta, JSJN IPK Johor dan Puan Nur Hafizah Binti Md Desa, Penolong Pengarah AADK Negeri Johor merupakan salah satu langkah proaktif yang telah diambil oleh Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM bagi menyokong usaha kerajaan mencapai sasaran Dadah Terkawal 2025.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran kepada Ahli Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM berkaitan kepentingan kewujudan jaringan kerja bersepadu bagi membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa di kalangan belia di Malaysia.

Menerusi penganjuran program ini, ia telah dapat membina satu platform perkongsian ilmu secara digital yang sistematik dan berkesan dalam  membincangkan isu serta berkongsi pengalaman dengan agensi terlibat berkaitan usaha-usaha yang giat dijalankan bagi membendung masalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat.

Tangkapan Skrin secara langsung menerusi platform ‘Streamyard’ yang dihubungkan kepada ‘Facebook Live’ telah menampilkan dua orang panel iaitu DSP Kumar A/L K.M Perumal , Pegawai Turus Bahagian Perlucuthakan Harta, JSJN IPK JOHOR dan Puan Nurhafizah Binti Md Desa , Penolong Pengarah AADK Negeri Johor serta Prof Madya Dr Siti Rahmah binti Awang sedang bertindak sebagai moderator. Dalam sesi ini, kedua-dua panel telah menerangkan secara terperinci mengenai hukuman dan pencegahan dadah.

Program ini telah disiarkan secara langsung di Facebook Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM dan Pusat Kaunseling UTM yang dikuasakan oleh Streamyard.  

Forum ini berjaya mendapat tontonan secara langsung di Facebook Live Kelab PEMADAM UTM seramai 546 peserta yang berdaftar.

Daripada jumlah keseluruhan peserta, seramai 495 peserta terdiri daripada mahasiswa UTM manakala 51 peserta lagi merupakan peserta yang terdiri dalam kalangan staff UTM.

Belakang tabir, sesi forum telah menampilkan dua orang panel iaitu D DSP Kumar A/L K.M Perumal , Pegawai Turus Bahagian Perlucuthakan Harta, JSJN IPK JOHOR dan Puan Nurhafizah Binti Md Desa , Penolong Pengarah AADK Negeri Johor sedang bersemangat menjawab segala persoalan di ruangan komen Facebook Live Kelab PEMADAM UTM dengan fakta berkaitan hukuman dan pencegahan dalam kesalahan jenayah.

Kejayaan Forum Jenayah berkaitan Dadah dan Mahasiswa: Hukuman dan Pencegahan ini membuktikan bahawa Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM tetap relevan dan komited dalam usaha menggiatkan aktiviti pendidikan dan pencegahan dadah di kampus.

Ini selaras dengan misi pihak pengurusan UTM untuk menjadikan UTM sebagai kampus bebas dadah, rokok, vape dan lain-lain.

Walaupun berhadapan dengan ujian pandemik Covid 19 yang tidak membolehkan program bersemuka dijalankan, namun penganjuran program ini tetap meriah dan dapat mencapai objektif yang digariskan melalui penganjuran program secara atas talian dalam norma baharu.

Para kru, moderator dan panel jemputan terlibat semuanya telah mematuhi SOP ketat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Adalah diharapkan semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


Gambar menunjukkan Penasihat Kelab Pemadam UTM, Puan Noorhadayah Binti Ahmad (pertama dari kiri), Pegawai Turus Bahagian Perlucuthakan Harta, JSJN IPK JOHOR, DSP Kumar A/L K.M Perumal (kedua dari kiri), Moderator, Prof Madya Dr Siti Rahmah binti Awang (ketiga dari kanan), Penolong Pengarah AADK Negeri Johor, Puan Nurhafizah Binti Md Desa (pertama dari kanan), dan Pengarah Pusat Kaunseling, Dr Zulfikar Bin Ahmad  (kedua dari kanan) sedang bergambar di Pusat Kaunseling UTM sejurus program tamat

Explore More