Disember 22, 2024

‘Before It’s Too Late…’ Anjuran Kelab PEMADAM UTM Buka Minda Mahasiswa Hidup Sihat Tanpa Pengaruh Dadah

Kelab Mahasiswa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Pusat Kaunseling UTM, UTM International, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, PEMADAM Negeri Johor, PEMADAM Kebangsaan dan Kelab Mahasiswa PEMADAM IPT telah menganjurkan program Forum : “Before It’s Too Late…”.

Forum: “Before It’s Too Late…”. yang berperingkat kebangsaan ini menampilkan 2 orang panel jemputan yang berkaliber, Profesor Madya Mohd. Ariffin Bin Abu Hassan (Penolong Pengarah Pendidikan & Pengalaman Global (GEE) UTM International) dan Dr Haslina Binti Mohd Yusof (Pakar Psikiatri Penagihan, Hospital Permai) serta Saudara Jekan A\L Asokumaran (Pelajar tahun akhir Sekolah Kejuruteraa Kimia dan Tenaga, Fakulti Kejuruteraan) yang bertindak sebagai moderator.

Tangkapan Skrin secara langsung menerusi platform ‘Streamyard’ yang dihubungkan kepada ‘Facebook Live’ menunjukkan gandingan barisan panel iaitu Profesor Madya Mohd. Ariffin Bin Abu Hassan (Penolong Pengarah Pendidikan & Pengalaman Global (GEE) UTM International) dan Dr Haslina Binti Mohd Yusof (Pakar Psikiatri Penagihan, Hospital Permai) serta Moderator iaitu Saudara Jekan A\L Asokumaran (Pelajar Tahun Akhir, Sekolah Kejuruteraa Kimia dan Tenaga, Fakulti Kejuruteraan) yang bersemangat mengulas tindakan yang perlu diambil dengan lebih  awal bagi melindungi diri daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Program ini merupakan lanjutan daripada kejayaan program Forum Jenayah Berkaitan Dadah & Mahasiswa: Hukuman Dan Pencegahan yang telah dilaksanakana pada 6 April 2021 tahun ini di mana ia merupakan sebuah platform perkongsian ilmu baru telah wujud secara digital yang sistematik dan berkesan dalam membincangkan isu semasa berkaitan  serta dapat berkongsi pengalaman dengan agensi yang turut serta dalam program ini berkaitan usaha-usaha yang giat dijalankan bagi membendung jenayah penyalahgunaan dadah dalam masyarakat Malaysia terutamanya.

Program ini telah dijalankan selama satu hari menerusi platform ‘Facebook Live’ telah berjaya mendapat sebanyak 1000 tontonan.

Para peserta yang telah mengikuti program dalam talian ini terdiri daripada mahasiswa dan staf UTM, serta mahasiswa daripada IPTA dan IPTS seluruh Malaysia dan juga orang awam seluruh Malaysia.

Melalui forum ini, ia diharap dapat membuka minda dan kesedaran mahasiswa/i UTM untuk menghindarkan diri dari pengaruh dadah bagi menjadi modal insan yang berjaya dan berwawasan untuk memacu kemajuan negara pada masa akan datang.

Sesi forum yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris ini membincangkan tentang pengaruh dan kesan dadah dalam kehidupan seharian.

Langkah- langkah pencegahan ini perlu diberi perhatian yang serius dan diamalkan bagi mencegah pengaruh dadah dan bahan terlarang dalam golongan belia terutamanya.

Pelbagai input yang diperoleh daripada perkongsian di antara kedua-dua panel. Masalah mental seperti kemurungan akan mengakibatkan seseorang itu terjerumus ke dalam kancah jenayah dadah.

Dr Haslina Binti Mohd Yusof, Pakar Psikiatri Penagihan, Hospital Permai menekankan bahawa masalah kemurungan adalah masalah yang kritikal dan memerlukan kawalan yang rapi serta perlu mendapatkan nasihat dari pakar perunding.

Di samping itu juga, alkohol ada musuh utama kita yang perlu dijauhi kerana pengambilan alkohol mampu mengundang masalah kemurungan kerana ia akan membuatkan seseorang berkhayalan secara berlebihan.

Oleh itu, generasi kini perlu lebih berjaga-jaga dalam pergaulan dan pengaruh negatif yang semakin mencabar kian hari.

Tangkapan Skrin secara langsung menerusi platform ‘Streamyard’ yang dihubungkan kepada ‘Facebook Live’ menunjukkan gandingan barisan panel iaitu Saudara Profesor Madya Mohd. Ariffin Bin Abu Hassan (Penolong Pengarah Pendidikan & Pengalaman Global (GEE) UTM International) dan Saudari Dr Haslina Binti Mohd Yusof (Pakar Psikiatri Penagihan, Hospital Permai) sedang mengupas persoalan yang diajukan oleh Moderator iaitu Saudara Jekan A\L Asokumaran (Pelajar Tahun Akhir, Sekolah Kejuruteraa Kimia dan Tenaga, Fakulti Kejuruteraan).

Kejayaan program Forum V.I.B.E 2.0  ini membuktikan bahawa Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM tetap relevan dan komited dalam usaha menganjurkan program dan aktiviti pendidikan dan pencegahan di kampus.

Ini selaras dengan misi pihak pengurusan UTM untuk menajdiakn UTM sebagai kampus bebas dadah, rokok, vape dan lain-lain. Walaupun kini negara kita sedang dilanda Pandemik Covid-19 yang menghadkan program fizikal dijalankan, namun penganjuran program ini tetap meriah dan dapat mencapai objektif yang digariskan melalui penganjuran program secara atas talian dalam norma baharu.

Para kru, moderator dan panel jemputan terlibat semuanya telah mematuhi SOP yang ketat seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Adalah diharapkan  semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Gambar menunjukkan barisan Penasihat Kelab Pemadam UTM (pertama dari kiri), barisan ahli panel (kedua dan ketiga dari kiri), Pengarah Program (pertama dari kanan), Moderator (kedua dari kiri) dan Pengarah Pusat Kaunseling (ketiga dari kanan) yang berkampung di UTM bagi bersiap sedia untuk siaran langsung program yang akan dipancarkan secara langsung di “ Facebook LIve” Kelab Pemadam UTM yang dijanakuasa oleh platform ‘Streamyard’

Explore More