November 22, 2024

Search
Close this search box.

Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Unit Jabatan Harta Bina (JHB) telah mengambil langkah proaktif terhadap pengurusan sampah untuk mengekalkan kebersihan di sekitar kampus Johor Bahru.

Ia juga untuk menjamin kelestarian dan keindahan kawasan kampus sentiasa terjaga walau dilanda PKPD.

Pada 21 Mei lalu, wakil pasukan JHB bersama 25 orang petugas dari pihak berkuasa tempatan telah berada di kampus bagi membantu menguruskan sampah dan pembersihan kawasan kediaman di 82 blok di kolej kediaman pelajar yang berpenghuni.

Terdahulu, Pegawai Kesihatan mereka telah menghubungi JHB bagi menyatakan persetujuan untuk memberi bantuan berkaitan isu sampah iaitu pada waktu cuti hujung minggu dan cuti umum Hari Wesak sepanjang PKPD UTM.

Oleh itu sinergi mereka bersama akan membantu menguruskan sisa sampah dua kali seminggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu.

Syarikat Tahang lantikan JHB juga akan beroperasi dalam tempoh PKPD setiap hari bagi kutipan sampah untuk dibawa ke luar kampus.

Walau bagaimanapun, adalah diingatkan agar semua warga UTM yang berada dalam kampus sepanjang PKPD akan tetap sentiasa menjaga kebersihan agar keindahan kampus UTM Johor Bahru tidak akan terjejas sungguhpun kita sedang berdepan dengan dugaan PKPD.

#cekalbersamatakwa

Explore More