November 26, 2024

Search
Close this search box.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui staf dan pelajarnya telah menyertai Misi Pasca Banjir Kota Tinggi hari ini.

UTM melalui seliaan Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (JTNCHEP) bersinergi bersama beberapa IPT dan agensi lain di Johor termasuk Parlimen Kota Tinggi.

Dalam misi hari ini, mahasiswa Johor iaitu 40 orang dari UTM, 40 dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, manakala 20 orang lagi pelajar dari beberapa IPT telah digerakkan oleh Yayasan Pelajaran Johor untuk turun padang bagi menyertai misi untuk membantu mangsa banjir di Kota Tinggi.

Delegasi seramai 100 orang mahasiswa dan pegawai tersebut telah digerakkan ke empat kampung yang terkesan iaitu 40 orang di Kampung Mawai dan Kampung Jambi, manakala 60 orang lagi telah ke Kampung Perpat dan Kampung Gembut.

Tahniah kepada semua pelajar dan staf yang terlibat. Semoga bantuan yang diberikan sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Explore More