UTM HOLDINGS Sumbang Zakat dan Wakaf

Kuala Lumpur, 6 Januari 2021:- UTM Holdings, anak syarikat UTM menyumbang sebanyak RM100,000.00 kepada Pusat Pungutan Zakat UTM Kuala Lumpur dan RM10,000.00 kepada Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur dalam satu majlis yang diadakan di UTM Kuala Lumpur hari ini.

Sumbangan UTM Holdings sebanyak RM100,000.00 kepada Pusat Zakat UTM Kuala Lumpur.
Sumbangan UTM Holdings sebanyak RM10,000.00 kepada Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur

Kedua-dua sumbangan disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ (Dr). Mohd. Ramli bin Kushairi, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM Holdings. Turut hadir ialah Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Pro-Naib Canselor UTM (Kampus Kuala Lumpur), Dr. Muhammad Fathi bin Yusof, Penolong Pengarah Masjid UTM Kuala Lumpur yang mewakili Pusat Pungutan Zakat UTMKL dan Ustaz Wan Ali bin Wan Jusoh, Timbalan Pengarah Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur yang mewakili Unit Dana Wakaf UTM Kuala Lumpur dan ahli-ahli Lembaga pengarah UTM Holdings lain.

Menerusi ucapan ringkasnya, Prof. Dr. Shamsul mengucapkan ribuan terima kasih kepada UTM Holdings atas sumbangan yang diterima. Beliau turut memaklumkan jumlah kutipan melalui kaunter zakat Pusat Islam UTMKL untuk tahun berakhir 31 Disember 2020 melebihi RM400,000.

Untuk rekod kutipan zakat melalui potongan gaji staf pula ialah sebanyak RM874,113.56. Beliau berharap jumlah kutipan akan terus meningkat pada tahun akan datang kerana daripada jumlah tersebut 50% akan dikembalikan oleh MAIWP kepada UTM untuk diagihkan kepad asnaf. Ini sekaligus meningkatkan lagi agihan untuk manfaat pelajar dan staf UTM yang layak menerima zakat. Prof. Shamsul turut berkata, UTM juga prihatin dengan menyalurkan bantuan zakat kepada pelajar yang terdiri daripada keluarga B40 yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Agihan zakat ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Sementara itu Unit Dana Wakaf UTMKL sedang berusaha mengumpul dana bagi penyediaan Penyaman Udara Berpusat & Dewan Serbaguna di Masjid UTM Kuala Lumpur. Sehingga kini sebanyak RM556,000 dana masih diperlukan bagi tujuan itu.

UTM Holdings Sdn Bhd

UTM Holdings Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Universiti Teknologi Malaysia dan memainkan peranan penting dalam membantu menjana pendapatan Universiti serta mengkomesialkan aset milik Universiti. Mula diperbadankan pada 13 Julai 2010, UTM Holdings menyediakan platform antara akademik dan industri dan menyokong pengkomersialan aset milik universiti.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *