November 5, 2024

Search
Close this search box.

Mermartabatkan Dan Meningkatkan ‘Core Values’ FSSK Melalui Leadership Talk Series: Inculcation Of UTM Core Values Among Young Academia

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan program Leadership Talk Series: Inculcation Of UTM Core Values Among Yang Academia pada 19 Januri 2021. Program ini merupakan program eksklusif di mana peserta yang terlibat terdiri daripada 90 orang pensyarah yang terpilih serta pentadbir-pentadbir akademik, FSSH, UTM.

Seorang insan yang berjiwa besar serta menjadi inspirasi kepada warga UTM iaitu Yang Berbahagia Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Bin Omar, Mantan Naib Canselor UTM ke -6 diundang khas bagi menyampaikan perkongsian serta pengalaman dalam program yang dianjurkan yang dimoderatorkan oleh Dr. Nur Najwa Hanani Binti Abd Rahman, Pensyarah Kanan, Akademi Tamadun Islam, FSSH, UTM.

Dalam memartabatkan dan meningkatkan nilai kepimpinan pensyarah-pensyarah terutamanya pensyarah muda di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM, Dekan FSSK, Prof Dr Zaidatun binti Tasir memaklumkan pada sesi ucapan pembukaan, program leaedership talk series ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah muda FSSH khususnya mengenai core value UTM dan juga  perkongsian pengalaman mengenai pentadbiran UTM bersama Mantan Naib Canselor.

Maklum Dekan lagi, beliau percaya dan yakin Yang Berbahagia Datuk selaku Mantan Naib Canselor adalah insan yang paling layak dan sesuai dalam berkongsi mengenai core value UTM berdasarkan pengalaman dan khidmat beliau di UTM.

Sementara itu dalam sesi perkongsian yang disampaikan Yang Berbahagia Datuk Wahid mengingatkan kepada para pensyarah bahawa setiap pensyarah adalah sebagai role model kepada orang lain terutama kepada para pelajar.

Untuk menjadikan seseorang itu baik kita terlebih dahulu berusaha perlu jadikan diri kita terbaik. Sebagai seorang pensyarah perlu kepada pembangunan holistik yang seimbang dari aspek karier, keluarga dan komuniti. Tiga perkara ini perlu seiring dalam mencapai sesuatu kejayaan. 

Kasih sayang, sikap mengambil berat, kebahagiaan, nilai hormat menghormati sangat penting dalam melakasanakan konsep kerja sebagai satu ibadah. Integriti, Sustainability, excellence antara nilai dan hala tuju sesebuah organisasi perlu ada dalam menghasilkan budaya kerja yang berkualiti.

Sementara itu Yang Berbahagia Datuk memberi pesanan kepada para peserta supaya yakin dan tekun dalam melaksanakan sesuatu tugas. Apabila kita bekerja dengan yakin dan tekun dan meletakkan niat melakukan kerja kerana Allah, maka keikhlasan itu akan hadir inshaAllah.

Explore More