April 19, 2024

Search
Close this search box.

IWK Kongsi Ilmu Aplikasi Sains Maklumat Geografi Melalui GIS WEBTALK SIRI I

Johor Bahru, 29 Dis. – Para pelajar daripada tahun 4 Program Sarjana Muda Sains (Geoinformatik), FABU telah menjayakan program “GIS WebTalk Siri 1” secara dalam talian.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar berkaitan aplikasi dan penggunaan Sains Maklumat Geografi (GIS) yang telah digunakan oleh pelbagai pihak berkepentingan di Malaysia.

Untuk program GIS WebTalk Siri 1 ini, agensi yang bersama-sama berkongsi adalah daripada Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

Pihak IWK telah diwakili oleh En Zubaidi Daud selaku Senior GIS Executive di IWK. IWK merupakan agensi yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan, dan merupakan agensi pembentungan kebangsaan, yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembentungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia.

Program GIS WebTalk Siri 1 ini telah dihadiri oleh lebih kurang 100 peserta, daripada pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains (Geoinformatik). Selain pelajar tahun 4, terdapat juga penyertaan daripada pelajar-pelajar pra-siswazah, selain pelajar-pelajar pasca-ijazah, dan juga daripada pihak industri.

Dalam program ini, pihak IWK telah berkongsi berkenaan penggunaan GIS di IWK, terutama dalam pengurusan aset sistem kumbahan, dan bagaimana GIS telah membantu menambahbaik pengurusan sistem kumbahan, serta perkongsian aplikasi IGIS (Integrated GIS) yang dibangunkan khusus untuk kegunaan dalaman IWK.

IGIS IWK digunakan juga untuk membuat pengesanan aset yang bermasalah, seperti paip, manhole, atau permasalahan limpahan sisa kumbahan. Aplikasi ini juga sangat membantu pihak IWK bagi melihat aset mana yang bermasalah, dan membuat keputusan yang melibatkan pembaikan dengan lebih cepat.

Diharapkan program ini akan membuka minda dan peluang untuk para pelajar memahami penggunaan aplikasi GIS di dunia sebenar, serta meningkatkan juga hubungan kerjasama antara pihak UTM dan juga pihak agensi luar, terutama dengan IWK.

Poster program GIS WebTalk Siri 1
Antara perkongsian daripada pihak IWK
Antara aset yang telah ada di bawah penyeliaan IWK
Fungsi utama IGIS IWK
Antara AJK, speaker, dan peserta yang Bersama dalam program GIS WebTalk Siri 1

Disediakan oleh: Mohammad Zakri bin Tarmidi

Explore More