November 22, 2024

Search
Close this search box.

Norma Baharu Workout At Home CERMIN KEPrihatinAN MASYARAKAT TERHADAP KESIHATAN DIRI

Berikutan daripada penyebaran wabak Pandemik COVID-19, rakyat Malaysia secara amnya telah menjalani kehidupan norma baharu, di mana rata-rata daripada kita sendiri tidak sedar kehidupan yang dijalani pada masa kini lebih efektif dan berkualiti daripada sebelum pandemik berlaku.

Rakyat Malaysia disarankan untuk sentiasa kekal aktif walaupun diarahkan untuk kekal duduk di rumah. Ini menunjukkan masyarakat prihatin dengan kesihatan dan kecergasan masing-masing. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk mengisi masa seharian seperti bersenam secara individu, berjogging, bercucuk tanam dan sebagainya.

Ada antara kita tidak sedar bahawa aktiviti yang dilakukan ini merupakan salah satu aktiviti kesenggangan dan kesedaraan persekitaran dimana ianya telah menjadi seperti rutin yang dibuat untuk mengisi masa lapang pada waktu pagi dan waktu petang.

Aktiviti seperti ini bukan sahaja dijalankan secara individu bahkan ada diantara kita melaksanakannya bersama keluarga. Secara tidak langsung hubungan diantara keluarga dapat dieratkan dan memupuk kasih sayang diantara ahli keluarga.

Sepanjang perintah kawalan dijalankan, ramai diantara masyarakat mengambil langkah untuk melakukan aktiviti senaman di rumah. Masyarakat dilihat lebih sinonim untuk melakukan workout at home sebagai rutin untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian.

Ada yang melakukan workout kerana sememangnya untuk mengekalkan prestasi kecergasan dan ada juga segelintir masyarakat yang menjadikan alasan disebabkan bosan tidak melakukan sebarang kerja menyebabkan mereka memilih untuk beraktiviti.

Walau apa jua alasan atau pendapat yang dilontarkan, seharusnya kita harus berbangga kerana golongan masyarakat di Malaysia rata-ratanya mengamalkan workout at home dan penularan aktiviti ini secara tidak langsung dapat membendung penyakit yang tidak di ingini hadir.

Kadangkala persepsi masyarakat terhadap amalan workout at home ini tidaklah hanya kepada positif sahaja. Ada golongan yang anti workout sememangnya tidak mahu dan tidak menunjukkan sokongan kepada mereka yang melakukan workout at home. Sedangkan terdapat banyak kelebihan yang boleh diperolehi jika kita masih mengekalkan tahap kecergasan walaupun banyak halangan untuk masyarakat beraktiviti diluar.

Pandangan mengenai mereka yang memilih untuk tidak bersenam ini mungkin adalah kerana mereka merasakan berkewajiban menjadikan mereka terbeban untuk melakukannya ketika jadual yang sibuk. Sedangkan rutin  workout at home ini adalah amalan yang sihat dan masyarakat tidak sedar dengan berjalan beberapa langkah secara berulang-ulang ke ruang tamu dan kedapur juga merupakan salah satu aktiviti workout.

Selain itu, bersenam di rumah memberi kebebasan kepada individu terbabit untuk melakukannya mengikut masa sendiri dan berdasarkan kemampuan serta matlamat yang ingin dicapai. Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa persepsi masyarakat adalah berbeza-beza kerana ada golongan yang lebih gemar untuk workout di gim dan ditempat senaman yang terbuka.

Walaupun begitu, kelebihan workout at home tidak sama seperti ketika bersenam di gim kerana kebebasan beraktiviti itu adalah mengikut kadar kita sendiri dan tidak perlu berkongsi peralatan dengan yang lain.  Jika dillihat dari sudut luaran pula, resiko workout at home dapat dikawal kerana pelbagai aktiviti tanpa peralatan boleh dibuat dan secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan kecederaan yang mungkin boleh berlaku apabila kita workout di gim.

Kadangkala kita tidak sedar kita perlu bergegas melakukan senaman kerana seseorang sedang berdiri untuk menunggu gilirannya atau mengerumuni kita menyebabkan ketidak selesaan wujud dalam diri. Harus diingat, corak bersenam perlu dipelbagaikan tidak kira samada workout at home atau bersenam di luar kerana kedua-duanya saling mendatangkan kebaikkan dan untuk mengelakkan isu burnout berlaku.

Dengan keprihatinan masyarakat terhadap isu bersenam di rumah ini, corak kehidupan masyarakat secara tidak langsung berada dalam keadaan baik dan terkawal. Amalan norma baharu bersenam seperti ini membantu dalam membentuk masyarakat yang sihat dari segi emosi, fizikal dan intelek. Jika memillih untuk workout at home, daya persaingan yang tidak sihat dapat dielakkan dan tahap motivasi secara tidak sedar boleh dipupuk. Jangan jadikan alasan bosan jika bersenam seorang diri kerana pada masa kini terlalu banyak pertandingan secara vitual yang boleh kita sertai.

Amalan bersenam secara vitual ini mendapat sambutan yang hebat dikalangan masyarakat. Kadangkala ada diantara golongan msyarakat yang malu jika bersenam secara bersemuka kerana dengan bersemuka membuat mereka merasa kurang bermotivasi atau kurang bersemangat dengan kekuatan atau keuntungan diri sendiri.

Ringkasnya, biarlah apa jua persepsi atau pandangan yang dilontarkan oleh masyarakat terhadap isu bersenam ini kerana ianya menjadi tanggungjawab individu sendiri untuk memilih corak kehidupan yang sihat. Keprihatinan masyarakat harus dipupuk tidak mengira peringkat umur.

Dengan ini, marilah kita sama-sama mencorakkan kehidupan kita dengan melakukan aktiviti yang pelbagai dan sihat seperti melakukan aktiviti workout at home bagi membantu memupuk semangat untuk sentiasa kekal cergas terutamanya dalam waktu pandemik ini. Masyarakat prihatin Negara sejahtera.

~Keperluan warming up dan cooling down~

~Skipping exercise~

~Brisk walk~

DR. ADJAH NAQKIAH MAZLAN

Pensyarah Kanan (Sains Sukan)

Sekolah Pendidikan,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

adjahnaqkiah@utm.my

Explore More