April 24, 2024

Search
Close this search box.

Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Normah Maan dan Dr. Mohd Bakri Bakar

Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus komited memenuhi visi menjadi fakulti yang terkemuka dengan memacu perkembangan ilmu sains dan matematik melalui pembangunan bakat dan teknologi terkini.

Justeru, agenda pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan serta perkhidmatan Fakulti telah dikawal selia berteraskan amalan dan jaminan kualiti.

Dalam hal ini, Fakulti Sains (FS) menyahut seruan Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QRiM) UTM bagi memastikan kecemerlangan tadbir urus Fakulti yang berterusan melalui penyediaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK-FS).

Sehubungan itu, satu majlis taklimat dan pelancaran SPK-FS peringkat Fakulti telah diadakan pada 13 Oktober 2020 yang turut disiarkan secara langsung melalui platform dalam talian.

Semasa majlis tersebut, Dekan FS, Prof Dr Abdull Rahim bin Mohd Yusoff turut memberikan penghargaan kepada semua warga fakulti yang telah terlibat dalam pelbagai siri bengkel untuk menyediakan dokumen SPK-FS.

Sehingga kini, pembangunan SPK-FS telah melibatkan penyediaan manual kualiti, 51 prosedur operasi piawai SOP (31 operasi dan 20 pengurusan) dan borang-borang yang berkaitan sebagai panduan operasi dan piawai tadbir urus Fakulti.

Proses pembangunan SPK-FS tersebut juga dilaksanakan berdasarkan kejayaan dan pengalaman FS ketika menerima Anugerah Kualiti Akademik Universiti. Sistem SPK-FS turut dijajarkan bersama 10 objektif kualiti, 5 strategi kualiti dan 9 piagam pelanggan sebagai tanda aras piawai melibatkan prestasi kualiti Fakulti.

Secara keseluruhannya, penggunaan SPK-FS berupaya memperkasakan amalan terbaik yang melibatkan perancangan yang mengambil kira kepentingan organisasi dan pemegang taruh Fakulti.

Selain itu, pengurusan sumber manusia dan sistem sokongan Fakulti juga akan dinilai secara berkala untuk penambahbaikan berterusan.

Menepati keperluan digital semasa, penggunaan sistem pengkalan data secara dalam talian turut dilaksanakan bagi tujuan pengurusan sistem kualiti dengan capaian data yang bersistematik.

Explore More